NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ummah Desak Program Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Dibatalkan


1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mendesak pihak Penganjur Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) membatalkan program diatas bagi menghormati rakyat dan negara yang sedang berhadapan dengan keperitan cabaran keselamatan rakyat dari ancaman pandemik Covid-19.

2. UMMAH menegaskan bahawa aktiviti dan program hiburan ketika rakyat ramai yang sedang menderita, hilang punca pendapatan dan pekerjaan adalah sangat tidak wajar sama sekali dan menunjukkan seolah-olah penganjur tidak menghormati sensitiviti keperitan bencana yang sedang berlaku dan melanda rakyat dan negara sekarang. 

3. Maka dengan ini UMMAH mendesak pihak Penganjur ABPBH membatalkan program tersebut sebagai tanda solidariti kepada kerajaan yang bertungkus lumus mendepani pandemik COVID-19 dan seluruh barisan hadapan yang berkorban kepada negara.

4. UMMAH juga akan menyerahkan satu memorendum kepada Menteri Penerangan agar dapat menasihati TV3 dan lain-lain pihak yang terlibat dalam penganjuran tersebut agar tidak meneruskan program tersebut.

5. Sekiranya program tersebut diteruskan juga, maka UMMAH tidak teragak-agak akan melaksanakan kempen memboikot kepada pihak penganjur dan juga penaja yang terlibat dengan program tersebut.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
11 November 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo