NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun M luah kesunyian, ramai sahabat sudah meninggal


PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kesunyian selepas rakan-rakannya meninggal dunia.

Menurutnya, terbaharu Khalid Julong menghembuskan nafas terakhirnya semalam dan pemergian sahabatnya itu disifatkan sebagai tamatlah satu generasi pejuang Melayu.

"Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa’ Awang, Hj Taha, Chegu Senu dan lain-lain sudah tidak ada.

"Tinggal saya seorang. Saya sedih. Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian," katanya menerusi hantaran di laman webnya, Che Det hari ini.

Mengimbau detik perkenalan, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau dan Khalid bersama selepas tamat sahaja perang Dunia Kedua.

"Kami berada dalam Saberkas, sekumpulan anak Melayu yang memiliki kesedaran akan bangsanya," katanya.

Menurutnya, British merancang untuk rampas negeri-negeri Melayu untuk dijadikan tanah jajahan mereka.

"Malayan Union akan tamatkan kewujudan orang Melayu dengan Tanah Melayu mereka," katanya.

Dalam hantaran itu, beliau turut mendoakan semoga roh Allahyarham Khalid dirahmati ALLAH SWT.

Sebelum ini, dalam wawancara pada Oktober tahun lalu, Dr Mahathir berkata, kesemua sahabat lamanya sudah meninggal dunia kecuali Khalid dan Osman Kuda yang juga berusia 90-an.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/110934/BERITA/Nasional/Tun-M-luah-kesunyian-ramai-sahabat-sudah-meninggal




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo