Pertama sekali saya sedih kerana saluran TV berkenaan tidak teliti dalam mencari ahli panel. Terkejut saya apabila mendapati ahli panel tersebut mengkritik segala usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan khususnya KKM dalam menghapuskan COVID-19. Saya cadangkan beliau berkunjung ke bilik gerakan COVID-19 kebangsaan (CPRC) untuk mengetahui apa penat lelah petugas KKM termasuk Tan Seri DG lakukan. Beliau ingat semua petugas frontliners seluruh negara naif dengan apa yang sedang dijalankan.
Rupanya ahli panel tiada kredibiliti langsung dalam membicarakan bab vaksin yang dibincangkan. Kenapa beribu-ribu pakar dalam KKM tidak dijemput sekali? Atau sepatutnya usaha yang sedang dijalankan oleh MOSTI dan KKM itu perlulah diambil kira dengan memanggil ahli yang berwibawa dalam bab COVID-19, pengurusan wabak, rawatan dan pencegahan.
Adakah kerajaan tidak perlu kritikan atau pandangan berlainan? Boleh, apa salahnya? Saya syorkan pihak yang berlainan pandangan itu bertemu dengan kementerian, bawa segala yang dikatakan "fakta" itu kepada pihak berwajib. Di sana boleh kemukakan hujah secara tuntas. Kalau sekadar "tembak" dalam ceramah atau media sosial, akan menambahkan lagi perseteruan sesama kita.
Cuma, kita dapati ulasan ahli panel dalam wacana itu, banyak maklumat yang tidak tepat, salah kefahaman (misleading) dan menceduk pandangan antivaksin.
Dua hujah yang disebut oleh beliau, yang kononnya fakta, bukan teori dan hipotesis.
1️⃣ Hujah beliau, Thailand berjaya melawan COVID-19 kerana menggunakan herba. Negara mereka kaya dengan khazanah herba. Sama juga dengan negara kita, KKM tidak mengambil pengalaman dari Thailand itu dengan menggunakan herba. WHO pun mengesahkan fakta itu.
✍️ Saya mencari artikel yang didakwakan itu. Berikut saya quote kenyataan rasmi Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kesihatan Awam Thailand, H.E. Anutin Charnvirakul,
“I’d like to ask everyone to remain vigilant and practice the basic measures recommended by the Ministry of Public Health, whether it is wearing a mask in public places, keeping a distance, avoiding crowded or closed spaces where possible, washing hands regularly, and always registering on “Thai Chana” every time they visit places.”
š Sama sahaja dengan apa yang kerajaan kita lakukan!
.
š Celah mana entah dalam kenyataan rasmi mereka itu menggunakan herba? Namun saya buat juga carian, kut-kut ada kenyataan lain. Memang ada, dalam beberapa akhbar dalam talian dan website antivaksin.
.
š„£ Antaranya mereka mendakwa Thailand menggunakan Hempedu Bumi, Habbatussauda dan beberapa jenis herba lain. Ya betul terdapat kelulusan untuk kajian ke atas herba tertentu, bukan sahaja Thailand, tetapi China dan Afrika. Namun kajian-kajian tersebut baru diperingkat kajian tikus makmal atau sel hidup atas piring pateri. Sekali lagi, fakta yang disebut oleh penelis tersebut kurang tepat dan ianya pra-matang. Dalam perubatan, mana boleh kita terus mendakwa ianya boleh digunakan ke atas manusia selagi tidak melepasi fasa-fasa kajian saintifik?
š¦ Sebagai contohnya vaksin COVID-19 yang sedang diusahakan oleh beberapa pengeluar sekarang ini. Sejumlah 38 vaksin (Fasa 1), 17 vaksin (Fasa 2), dan 12 vaksin (Fasa 3); kita masih belum boleh mendakwa ianya boleh digunakan ke atas manusia sepenuhnya. Tidak pula kita mendabik dada. Setelah betul-betul selamat, berkesan dan berkualiti baharulah kita gunakan untuk rakyat secara keseluruhannya. Itupun mungkin mengambil masa agak lama agar ianya benar-benar diyakini dengan keupayaan mencegah tinggi peratusannya.
2️⃣ Panelis juga mencedok kenyataan dari segelintir Doktor Jerman yang bernaung di bawah ACU2020.
š COVID-19 itu sama dengan Flu (Selsema biasa)?
☝️Mari kita lihat dan fikirkan dengan akalan waras. Adakah mereka hanya mengalami ‘demam flu biasa’, penyakit yang di kesan di Wuhan, China pada Disember 2019?
❗️Sebilangan besar pesakit dengan COVID-19 mengalami gejala ringan atau penyakit sederhana. Kira-kira 10-15% kes mengalami penyakit teruk, dan sekitar 5% menjadi sakit kritikal. Kritikal bermakna kena beri bantuan pernafasan dan merawat supaya tidak semakin teruk. Berapa kos kerajaan habis?
❗️Bagi sesetengah orang, beberapa gejala mungkin berlarutan atau berulang selama beberapa minggu atau bulan setelah pemulihan awal.
❗️Kadar kematian dunia akibat Covid-19 hanya sekitar 2.66% daripada jumlah pesakit yang dijangkiti, masih lebih rendah dari kadar kematian demam flu biasa? Satu kematian bermakna satu kehilangan nyawa. Adakah sia-sia kematian mereka itu seperti mati katak? Naizubillah.
✅ Percayalah perjuangan menyelamatkan satu nyawa adalah perjuangan menyelamatkan nyawa manusia keseluruhannya. Al Quran pun ada sebut.
ŁَŁ
َŁْ Ų£َŲْŁَŲ§ŁَŲ§ ŁَŁَŲ£َŁَّŁ
َŲ§ٓ Ų£َŲْŁَŲ§ Ł±ŁŁَّŲ§Ų³َ Ų¬َŁ
ِŁŲ¹ًŲ§
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32)
❗️Video doktor German itu pun telah disekat oleh Youtube dan Facebook dan Doktor-doktor berkenaan bermasalah besar dalam negara mereka sendiri.
.
Diharap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan gerakan antivaksin atau seumpamanya yang boleh merencat usaha kerajaan untuk melandaikan gelombang wabak COVID-19.
.
20.11.2020
Kuala Berang
No comments
Post a Comment