Dalam setiap negara yang dikaji, parti politik atau agensi kerajaan akan menggunakan media sosial bagi membentuk pemikiran dan tingkah laku masyarakat. Media sosial telah di gunakan untuk propaganda politik, mencemarkan informasi digital serta menekan kebebasan akhbar dan hak bersuara dalam masyarakat
Walaupun terdapat banyak jaringan sosial media yang ada, Facebook didapati menjadi pilihan paling popular bagi manipulasi sosial media
Berdasarkan data dari FB Ad Library, Donald Trump telah membelanjakan USD 111 Juta manakala Joe Biden telah membelanjakan USD 99.9 Juta untuk kempen iklan di media sosial mengenai masalah sosial, pilihan raya dan politik. Masing-masing mempunyai jumlah follower yang ramai iaitu seramai 30 Juta follower Donald Trump (FB) dan 3.5 Juta follower Joe Biden (FB)
Admin yang bertanggungjawab mengendalikan page Donald Trump adalah seramai 35 admin lebih sedikit berbanding page Joe Biden iaitu seramai 98 admin. Setiap page telah jalankan iklan lebih daripada 50,000 iklan
Data ini menunjukkan penguasaan media sosial oleh sesebuah parti adalah sangat penting dalam usaha mendapatkan sokongan serta mempengaruhi pengundi dan pengikut masing-masing
No comments
Post a Comment