Ketika pengasas dan CEO Alibaba iaitu Jack Ma memasuki alam dewasa, dia telah cuba mendapatkan 30 pekerjaan dan kesemuanya ditolak.
Pada hari ini, syarikat e-dagang yang telah berusia 55 tahun itu bernilai lebih daripada $519 billion. Namun tahukah anda, kejayaan ini hanya dapat dikecapi bila umurnya mencecah 30-an.
Walau bagaimanapun, Jack Ma menyatakan bahawa kalau mahu berjaya, kita perlu pelajari dari orang yang gagal dan usah belajar dengan orang berjaya.
Berikut adalah apa yang perlu dilakukan oleh golongan umur 20an, 30an dan 40an untuk berjaya menurut Jack Ma
1. Bekerja dengan syarikat yang sesuai
Ketika berumur 20an sehingga 30an, anda perlu mengikut bos yang baik serta bekerja dengan syarikat sesuai untuk belajar menguruskan sesuatu dengan betul.
Jadi bila memasuki umur 30an hingga 40an, anda mampu lakukan apa-apa sahaja. Anda juga akan lebih tabah dalam menghadapi kehilangan dan kegagalan bahkan tenang bila kejayaan mendatang.
2. Utamakan kestabilan dan keluarga
Masuk sahaja umur 40an hingga 50an, anda hanya perlu lakukan kerja-kerja yang anda mahir sahaja. Kerja bersifat baru dan memerlukan penelitian biar sahaja anak muda yang uruskan.
Bila sudah menuju umur 50an hingga 60an, pengalaman anda diperlukan untuk melatih anak muda untuk menggantikan tempat anda kelak
Namun kalau sudah masuk umur 60an, duduk sahajalah di rumah dan jaga cucu. Tidak perlu lagi fikir tentang dunia yang penuh dengan kejahatan.
3. Jadikan diri sendiri sebagai pesaing
Tindakan ini boleh dilakukan dengan bayangkan apa yang anda akan jadi 10 tahun ke depan dan selepas itu fikirkan kaedah sesuai untuk mencapai potensi tersebut.
Kadang-kadang apa yang telah terjadi di masa lalu banyak membentuk kita di masa kini dan tidak terjangka boleh sampai hingga ke tahap sebegini.
Jangan jadikan penolakan itu sebagai penghalang untuk kita terus berjaya. Mungkin itu adalah azimat untuk kita mencapai tahap yang lebih tinggi.
Rumusan
Jack Ma sendiri sebelum berjaya hanyalah sekadar seorang lelaki yang ditolak berkali-kali. Namun dia tanpa jemu terus mencuba sehinggalah menjadi kaya dan berjaya seperti hari ini.
Jadi kepada anda semua, apa alasan anda untuk berputus asa. Teruskan berusaha, bila sampai rezekinya nanti kita akan mencapai puncak.
Sumber: https://theoutlook.asia/ini-nasihat-jack-ma-kepada-mereka-yang-ingin-berjaya-pada-umur-20an-30an-40an-dan-seterusnya/

No comments
Post a Comment