Dalam sidang hari ini, Ahli Parlimen DAP Labis, Pang Hok Liong, meminta Perdana Menteri “menyatakan keadaan-keadaan istimewa (special circumstances) seorang bekas Perdana Menteri yang menjadi penjenayah setelah didapati sabit bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi masih diberikan beberapa keistimewaan seperti pengawal peribadi beberapa orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan polis pengiring bermotosikal.”
Pertanyaan ini sebenarnya lebih kurang sama saja dengan pertanyaan mengapa seorang Ahli Parlimen yang telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 masih kekal sebagai seorang Ahli Parlimen walaupun Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan ini telah menghilangkan kelayakannya untuk menjadi Ahli Parlimen.
Jawapan kepada pertanyaan ini adalah kerana Perkara 48 (4) (b) dan Perkara 48 (4) (c) Perlembagaan Persekutuan menyatakan kehilangan kelayakan itu hanyalah mula berkuat kuasa apabila “habis tempoh empat belas hari dari tarikh sesuatu rayuan dibereskan oleh mahkamah” jika suatu rayuan dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu serta “sebaik sahaja petisyen bagi sesuatu pengampunan dibereskan” jika ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan.
Bila pensabitan dan hukuman hanya dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan masih belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan serta oleh Lembaga Pengampunan maka kekallah beliau sebagai seorang Ahli Parlimen, dan prinsip sama inilah juga yang berlaku di dalam pengekalan beberapa keistimewaan seperti pengawal peribadi beberapa orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan polis pengiring bermotosikal kepada seorang bekas Perdana Menteri.
Takkanlah benda asas begini pun seorang Ahli Parlimen DAP tidak boleh faham?
Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/3759301117447252
Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/3759301117447252
No comments
Post a Comment