NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan sedia tambah bantuan lindungi rakyat, ekonomi

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia menambah bantuan untuk membantu melindungi nyawa rakyat serta memulihkan ekonomi negara. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata, kerajaan tidak akan melindungi nyawa rakyat dan memulihkan ekonomi melalui Belanjawan 2021 sahaja, sebaliknya menerusi program bantuan dan pakej rangsangan ekonomi yang lain.

“Sejak Mac lalu, tidak kurang empat pakej rangsangan ekonomi diwujudkan iaitu, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN PKS,Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin).

“Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion iaitu terbesar dalam sejarah negara. Jadi semuannya bernilai RM627.5 bilion, setakat ini.

“Saya menggunakan istilah ‘setakat ini’ kerana kerajaan sentiasa bersedia menambah bantuan sekiranya diperlukan. Malah sudah banyak kali ia dilakukan contohnya Program Subsidi Upah, Bantuan Prihatin Nasional dan Geran Khas Prihatin dilanjut dan ditambah baik beberapa kali,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya, hari ini.

Menjawab persoalan kemampuan ekonomi untuk terus pulih, Tengku Zafrul berkata, ia bergantung kepada tiga faktor termasuk kebolehan semua pihak untuk mengawal penularan COVID-19 yang memasuki gelombang ketiga.

“Kedua, penemuan vaksin dan juga memastikan vaksin yang dapat disampaikan kepada seramai mungkin rakyat dalam jangka masa yang cepat dan ketiga memastikan Belanjawan 2021 diluluskan supaya momentum pemulihan boleh diteruskan,” katanya.

Mengulas mengenai kemampuan kerajaan mewujudkan 500,000 pekerjaan, Tengku Zafrul berkata, pengangguran yang berkurangan daripada 5.3 peratus kepada 4.6 peratus adalah hasil beberapa program pengekalan pekerjaan dan usaha menyokong perniagaan.

“Menerusi Belanjawan 2021, Penjana Kerjaya memberi manfaat kepada 250,000 peluang pekerjaan, program MySTEP (50,000 peluang pekerjaan), Program peningkatan kemahiran dan latihan semula (200,000 peluang pekerjaan) serta PSU Bersasar bagi sektor pelancongan dan peruncitan untuk 3 bulan (memanfaatkan 900,000 pekerja).

“Belanjawan 2021 juga merangkumi projek infrastruktur dan peruntukan pembangunan untuk membolehkan syarikat-syarikat mewujudkan pekerjaan merentasi lebih 30 sektor perniagaan,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo