Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Ada yang bertanya saya mengenai isu wang rakyat dalam KWSP, kenapa dimasukkan dalam Belanjawan 2021. Ditambah lagi dalam ucapan pergulungan belanjawan, Menteri Kewangan pula membenarkan pengeluaran RM10K kepada 8 juta pemegang akaun 1 KWSP di bawah skim i-Sinar.
Apa kaitan wang rakyat ini dengan Belanjawan 2021? Bukan guna duit kerajaan?, buat masa ini saya jawab mengikut pengetahuan saya yang hampir 20 tahun dalam bidang perkhidmatan kewangan ini.
1. Pertama yang kita kene paham bahawa KWSP di Malaysia adalah dibawah Kementerian Kewangan Malaysia, dan ia ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452). Apa sahaja yang berkaitan dengan KWSP adalah tanggugjawab Kementerian Kewangan.
2. Keduanya, apabila Menteri kewangan membenarkan pengeluaran i-sinar melibatkan RM70 billion, maka kerajaan perlu memikirkan bagaimana untuk mencairkan kewangan tersebut. Pilihan utama adalah melalui penjualan pegangan ekuiti syarikat bawah kerajaan (GLC) ataupun instrumen pelaburan berkaitan kerajaan yang lain.
3. Pilihan lain ada kemungkinan KWSP akan menyusun semula Portfolio pelaburannya samada menjual atau membuat pembelian lain bagi aset-aset tertentu dan keutamaannya sudah pasti aset pegangan berkaitan dengan kerajaan dan GLC.
4. Apabila melibatkan pengurangan caruman maka penstrukturan portfolio pelaburan KWSP perlu dilakukan dan ini adalah satu pengorbanan yang besar oleh kerajaan yang sudah pasti akan menjejaskan pendapatan dividen tahun 2020 dan 2021 nanti.
Melihat kepada keperluan kelangsungan hidup rakyat yang terjejas dan keputusan membenarkan pengeluaran i-Sinar kepada 8 juta pemegang akaun KWSP ini, maka saya kira ia sebenarnya adalah satu keputusan yang sukar dilakukan oleh mana-mana kerajaan di dunia ini dan saya dapat bayangkan keputusan Kerajaan Malaysia ini nanti akan menjadi contoh perbandingan buat rakyat di negara lain.
***Shehdi Hazrik Shamsudin ialah Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor, Lajnah Penerangan & Media Baru Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
No comments
Post a Comment