Koleksi Replika Pedang Nabi Muhammad SAW |
Hukum Mengambil Berkat Dengan Barang Peninggalan Nabi SAW.
[Jubah, selipar, pedang dll]
Berikut adalah beberapa dapatan dari ulama.
Fatwa Jordan:
Harus mengambil berkat dengan kesan peninggalan Nabi SAW sama ada ketika baginda SAW hidup atau selepas matinya sama ada dengan mencium atau mengusapnya. Sama ada apa yang tercerai dari jasad baginda SAW atau barang peninggalannya seperti bekas-bekas atau pakaian atau sebagainya.
Sesungguhnya para Sahabat baginda SAW melakukan perkara itu di hadapan baginda SAW dan baginda SAW tidak menegahnya.
Jasad Baginda SAW adalah berkat dan mempunyai kebaikan. Hal ini tidak berlaku khilaf padanya kerana dalil berkenaannya adalah banyak antaranya:
Hadis riwayat al Bukhori:
Setelah Ummu Atiyyah selesai memandikan putri baginda SAW yang wafat, maka baginda pun memberi pakaian bawahnya ( seperti kain pelikat ) dan bersabda:
: «Ų£َŲ“ْŲ¹ِŲ±ْŁَŁَŲ§ Ų„ِŁَّŲ§Łُ»
Pakailahnya kain ini.
Menurut Imam Nawawi, hikmahnya ialah ialah mengambil berkat pakaian tersebut.
Imam Muslim meriwayatkan :
Daripada Abi Ayyub al Ansori RA ketika nabi SAW tinggal di rumahnya ( ketika awal hijrah ) , beliau telah membuat makanan untuk baginda SAW. Apabila makanan dibawa semula kepada Abi Ayyub RA setelah baginda SAW memakannya, beliau akan bertanya di manakah baginda meletakkan jari pada makanan itu,
ŁَŁَŲŖَŲŖَŲØَّŲ¹ُ Ł
َŁْŲ¶ِŲ¹َ Ų£َŲµَŲ§ŲØِŲ¹ِŁِ
Lalu Abu Ayyub menyentuh tempat yang disentuh oleh nabi SAW.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Asma’ binti Abi Bakr RA bahawa beliau berkata:
. ŁَŲ°ِŁِ Ų¬ُŲØَّŲ©ُ Ų±َŲ³ُŁŁِ Ų§ŁŁŁِ ŲµَŁَّŁ Ų§ŁŁŁُ Ų¹َŁَŁْŁِ ŁَŲ³َŁَّŁ
َ، ŁَŲ§ŁَŲŖْ Ų¹ِŁْŲÆَ Ų¹َŲ§Ų¦ِŲ“َŲ©َ ŲَŲŖَّŁ ŁُŲØِŲ¶َŲŖْ، ŁَŁَŁ
َّŲ§ ŁُŲØِŲ¶َŲŖْ ŁَŲØَŲ¶ْŲŖُŁَŲ§، ŁَŁَŲ§Łَ Ų§ŁŁَّŲØِŁُّ ŲµَŁَّŁ Ų§ŁŁŁُ Ų¹َŁَŁْŁِ ŁَŲ³َŁَّŁ
َ ŁَŁْŲØَŲ³ُŁَŲ§، ŁَŁَŲْŁُ ŁَŲŗْŲ³ِŁُŁَŲ§ ŁِŁْŁ
َŲ±ْŲ¶َŁ ŁُŲ³ْŲŖَŲ“ْŁَŁ ŲØِŁَŲ§
Inilah jubah nabi SAW yang berada di rumah Aisyah RA sehinggalah baginda SAW wafat. Apabila baginda wafat, aku mengambilnya. Jubah itu sering dipakai oleh nabi SAW ketika hayatnya. Maka kami membasuhnya ( untuk diambil basuhan air jubah itu ) bertujuan merawat pesakit dengan air basuhan itu.
Imam Bukhari telah membuat bab dalam sohihnya bab apa yang disebut dari baju perisai baginda SAW, tongkatnya, pedangnya, bekas makanannya, cincinnya dan apa yang digunakan oleh khulafa’ selepas baginda wafat dari peninggalan yang tidak dibahagi sebagai harta pusaka, dan juga rambutnya, selipar baginda dan bekas-bekas air atau makanan yang diambil darinya oleh para sahabat nabi SAW selepas baginda SAW wafat.
ŲØŲ§ŲØ Ł
َŲ§ Ų°ُŁِŲ±َ ŁِŁ ŲÆِŲ±ْŲ¹ِ Ų§ŁŁَّŲØِŁِّ - ŲµŁŁ Ų§ŁŁŁ Ų¹ŁŁŁ ŁŲ³ŁŁ
- ŁَŲ¹َŲµَŲ§Łُ ŁَŲ³َŁْŁِŁِ ŁَŁَŲÆَŲِŁِ ŁَŲ®َŲ§ŲŖَŁ
ِŁِ
ŁَŁ
َŲ§ Ų§Ų³ْŲŖَŲ¹ْŁ
َŁَ Ų§ŁŲ®ُŁَŁَŲ§Ų”ُ ŲØَŲ¹ْŲÆَŁُ Ł
ِŁْ Ų°َŁِŁَ Ł
ِŁ
َّŲ§ ŁَŁ
ْ ŁُŲ°ْŁَŲ±ْ ŁِŲ³ْŁ
َŲŖُŁُ، ŁَŁ
ِŁْ Ų“َŲ¹Ų±ِŁِ ŁَŁَŲ¹ْŁِŁِ (ŁَŲ¢ŁِŁَŲŖِŁِ) (1)، Ł
ِŁ
َّŲ§ ŁَŲŖَŲØَŲ±َّŁُ Ų£َŲµْŲَŲ§ŲØُŁُ ŁَŲŗَŁْŲ±ُŁُŁ
ْ ŲØَŲ¹ْŲÆَ ŁَŁَŲ§ŲŖِŁِ.
Lihat pautan berikut:
Berkenaan barang peninggalan baginda SAW adakah masih wujud atau tidak, maka ianya sukar untuk dijawabkan.
Lihat pautan berikut:
Pautan ini menjelaskan pengkaji artifak Nabi Muhammad SAW tidak dapat mengesahkan wujudnya artifak tersebut pada hari ini dan juga tidak menafikannya.
Oleh itu isu tabarruk dengan artifak nabi SAW adalah sukar diakui pada zaman sekarang kerana keraguan timbul tentang adakah masih wujud artifak tersebut atau sebaliknya?
Wallahua’lam
Pusat Talaqqi Batu Rakit
No comments
Post a Comment