NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Garis Panduan Memakai Pelitup Muka


Bab pelitup muka ini agak sensitif bagi sesetengah pihak. Sedangkan Garis panduan memakai Pelitup Muka sudah pun dikeluarkan oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara sejak dari bulan Mac lagi. 

Berikut adalah beberapa dapatan yang boleh disimpulkan mengenai Pelitup Muka.

1️⃣ Individu BERGEJALA, dinasihatkan duduk di rumah. Jika terpaksa keluar untuk urusan penting, pakai Pelitup Muka.

2️⃣ Elakkan tempat yang sesak, padat dan penuh dengan orang ramai. Jika tidak terpaksa juga ke tempat tersebut, pakai Pelitup Muka.

3️⃣ Bermula 1 Ogos 2020, Majlis Keselamatan Negara mewajibkan pemakaian Pelitup Muka di 14 tempat berikut: masjid dan surau; rumah ibadat bukan Islam; majlis sosial; pengangkutan awam; zoo; bas serta van sekolah; lokasi sukan dan rekreasi (ketika tidak melakukan aktiviti) dan premis kesihatan iaitu klinik dan hospital; pasar awam serta pasar tani; pawagam serta acara secara langsung; salun kecantikan serta rambut; spa, pusat kecantikan serta pusat refleksologi dan pusat hiburan keluarga; lokasi peruncitan termasuk kedai dobi, kedai, restoran, kompleks beli-belah, pasar raya, bengkel dan stesen minyak.

4️⃣ Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di rumah dan di dalam kenderaan sendiri.

5️⃣ Pemakaian pelitup muka juga tidak diwajibkan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah. Kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah tidak digalakkan memakai pelitup muka, namun pada masa yang sama tidak dibenarkan dibawa ke tempat awam yang sesak.

6️⃣ Jika kawasan tersebut tidak sesak, maka tidak diwajibkan (contohnya, jika di lokasi terbuka yang tiada kehadiran orang lain). 

7️⃣ Tidak wajib pakai Pelitup Muka di mesyuarat yang sudah ditentukan ahlinya dan dijamin penjarakan fizikal. Namun memakainya lebih baik.

8️⃣ Tidak diwajibkan memakai pelitup muka di dalam kenderaan persendirian, yang dinaiki ahli keluarga, atau teman kerja yang dikenali.

9️⃣ Tidak diwajibkan pakai Pelitup Muka semasa melakukan aktiviti fizikal.

šŸ”Ÿ Tidak perlu pakai pelitup muka semasa memasak, makan, mandi, buang air besar / kecil, bersenggama atau bergaul dengan orang yang kita sudah kenali bersih dari covid-19. Jika nak pakai juga terpulang pada diri sendiri.


Sekian ulasan saya 

Suhazeli Abdullah 

2.11.2020

Kuala Berang

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo