NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fahami Konteks Sebenar Perbahasan YB Pasir Mas

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Timbalan kami yang juga MP Pasir Mas, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari atas perbahasan yang jelas dan penuh berfakta di Dewan Rakyat pagi ini. Saya menegaskan bahawa ucapan YB Pasir Mas adalah mewakili suara kami Pemuda PAS seluruhnya.

Harus difahami, Pemuda PAS tidak pernah menolak pelaksanaan morotarium kepada golongan B40 dan M40 yang terjejas. Cumanya, morotarium yang dilaksanakan kami cadangkan ianya secara bersasar, bukan secara automatik. Pelaksanaan morotarium secara bersasar lebih berfokus dan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Sebab kita percaya, bukan semua rakyat memilih untuk lanjutkan morotarium. Tanpa menafikan ramai yang terkesan pendapatan akibat pelaksanaan PKPB, namun ada sebahagian dari kita yang tidak mahu melanjutkan lagi tempoh hutang mereka yang sedia ada. Ada pendapatan berjalan walau sikit, mereka nak bayar juga sekadar termampu. Pada masa yang sama, ada golongan yang terjejas pendapatan, yang bergaji hari, yang tiada pendapatan langsung, dan tiada pilihan selain melanjutkan morotarium. Dengan lanjutan morotarium, dapatlah mereka gunakan untuk teruskan kehidupan dan menyara keluarga. Sebab itu kita cadangkan supaya pelaksanaannya bersasar. Cuma, permudahkanlah dan kurangkan birokrasi dalam permohonan ini. Janganlah disusahkan rakyat yang mohon untuk lanjutkan atau kecualikan morotarium.

Pelaksanaan lanjutan morotarium dan keputusan untuk mengeluarkan wang simpanan dari Akaun 1 KWSP juga sebenarnya bukanlah sebahagian dari kandungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021, atau Belanjawan 2021 seperti yang sedang dibahas di Dewan Rakyat sekarang. Perkara ini tidak melibatkan sebarang peruntukan dari Kerajaan. Malah, keputusan pelaksanaannya juga boleh sahaja dibuat oleh Jemaah Menteri tanpa perlu dibahas dan diluluskan di Parlimen. Justeru kami berasa hairan mengapa ada pihak yang mengugut untuk menarik sokongan kepada Belanjawan 2021 jika cadangan ini bukanlah sebahagian darinya? Atau adakah ianya sekadar syarat Puteri Gunung Ledang seperti yang disebut Pasir Mas dalam perbahasan tadi?

Masa ini adalah untuk kita bersama menjaga dan memastikan kebajikan rakyat terbela, di saat negara sedang diuji dengan penularan pandemik COVID-19. Ini bukan masanya untuk kita beradu siapa lebih pakar ekonomi, atau lebih bijak menguruskan kewangan. Ini masa kita bersatu hati untuk rakyat. Mari kita buktikan kita ikhlas untuk membina negara, bukan berpolitik sepanjang masa.

Teguh kita, menang bersama.

Nazir Helmi
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo