Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Tan Kok Wai, berkata dia akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk memohon agar keputusan itu ditarik balik.
Dalam garis panduan yang dikeluarkan DBKL semalam, kedai serbaneka, kedai ubat tradisional Cina dan kedai runcit tidak lagi dibenarkan menjual minuman keras bermula 1 Oktober 2021.
Baca : Mulai Oktober 2021 Kedai Runcit, Serbaneka di KL Dilarang Jual Minuman Keras
Menurut Tan, peraturan baru itu melanggar hak orang bukan Islam untuk mengamalkan budaya mereka, yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Dia berkata peraturan baru itu juga dilihat “anti-perniagaan” dan yang menjadi korban adalah peniaga yang mematuhi undang-undang dan membayar cukai.
“Perniagaan alkohol sudah menghadapi banyak sekatan dan sukar untuk mendapatkan permit.
“Peraturan baru, yang meletakkan lebih banyak sekatan, pasti akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemain industri,” kata Tan dalam satu kenyataan dalam bahasa Mandarin, hari ini.
“Bagi sejumlah perniagaan, (wabak Covid-19) adalah soal hidup dan mati. Kerajaan tidak seharusnya memburukkan keadaan dan sebaliknya perlu memperkenalkan dasar pro-perniagaan.
“Mereka harus memberikan lebih banyak insentif dan bantuan kepada sektor perniagaan dan memulihkan keyakinan pasaran,” katanya lagi.
No comments
Post a Comment