Berikutan insiden kekerasan terhadap umat Islam yang sedang berlaku di beberapa buah bandar di Perancis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru agar satu gerakan memboikot produk dan perkhidmatan jenama Perancis dicetuskan.
Umat Islam di negara itu hidup dalam ketakutan berikutan kenyataan yang berbau polisi pemisahan oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron baru-baru ini. Polisi tersebut telah menyebabkan salah anggap yang mencetuskan sikap kebencian dan anti-Muslim serta gesaan untuk membakar masjid-masjid di seluruh Perancis.
Dua orang wanita Islam juga telah dibunuh apabila ditikam bertubi-tubi di bawah Menara Eiffel, Paris.
Sejak Presiden Macron mengambil alih tampok pemerintahan pada 2017, umat Islam telah mula merasa terancam dengan polisi-polisi anti Islam yang dilancarkan secara halus dan secara terang-terangan. Malah, kenyataan beliau juga telah menimbulkan rasa resah di kalangan masyarakat Islam di sana.
Kerajaan Turki telah pun mengumumkan rancangan memboikot produk-produk Perancis dan Presiden Erdogen juga telah memanggil balik duta mereka di Paris.
PPIM sedang meneliti insiden ini secara dekat dan sedang menimbang untuk menganjurkan satu perhimpunan besar berikutan perkembangan ini dengan menghantar satu memorandum bantahan di kedutaan Perancis.
Antara barangan pengguna Perancis yang popular ialah Perrier, Avian, Tefal, Peugeot, Renault, Michelin, BIC, Miko (Walls), Moulinex, Volvic, Loreal, Lancome dan barangan jenama mewah seperti Chanel, Givenchy, Lacoste, Cartier, Yves Saint Laurent, Hermes dan lain-lain.
Kami juga menggesa pihak kerajaan dan lain-lain pihak berkaitan menggantung semua urusan dengan konglomerat Perancis seperti Atos, Alstom, AXA, Total dan lain-lain.
Boikot ini akan berkuatkuasa serta merta dan kami menyeru pengguna Islam seluruh Malaysia dan jaringan global kami untuk menggerakkan usaha yang sama sehingga kerajaan Perancis memberikan jaminan keselamatan dan keamanan supaya umat Islam Perancis boleh mengamalkan Islam di negara itu.
---------
Aduan & Kes semakin meningkat setiap hari!Dan, ini menjadi cabaran besar buat kami!
Namun, kami tak mampu lakukannya sendiri.
Kerana itu, kami menyeru sokongan serta sumbangan anda.
Sumbangan anda akan disalurkan untuk membantu:
Kes & Aduan Penganiayaan Serta Penipuan.
Mangsa Penindasan
Kempen Kesedaran Masyarakat.
Sumbangan buat Golongan Kurang Mampu
Program Pendidikan Pengguna.
Sebahagian Kos Pengurusan PPIM.
Sumbangan secara online di:
Mohon LIKE, SHARE dan DOAKAN demi memperjuangkan keadilan dan hentikan penindasan.
Mudah-mudahan setiap sen yang anda sumbangkan diberkati dan mampu membantu lebih ramai insan.
“Perjuangan Bersama Demi Pengguna”
No comments
Post a Comment