12 NOV: Ahli Parlimen PH Kepong, Lim Lip Eng diusir dari sidang Dewan Rakyat hari ini kerana bersikap biadab memanggil Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sebagai ‘bodoh’.
Pemimpin DAP itu juga berdegil enggan keluar dewan apabila diminta oleh bentara berbuat demikian sehingga menyebabkan Azhar bertegas ingin mendapatkan bantuan polis.
Beliau juga tidak dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat selama lima hari.
Sebelum itu, situasi panas tercetus apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang mendesak Ahli Parlimen GPS Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing meminta maaf atas kenyataan mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ‘takut mati’.
King Sing berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) dalam sidang Dewan Rakyat, semalam.
No comments
Post a Comment