NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belajar cara DAP ‘bersilat’ lepaskan diri dalam isu politik

Oleh Safarizmal Md. Saad

Viral di media sosial pada 9 November 2020 dengan tindakan seorang wakil rakyat Malaysia dari DAP yang cantik, manis, agak seksi dan menarik perhatian lelaki ‘mata buaya’ telah melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa pandemik COVID-19 ini.

Tak perlu disebutkan nama pun sudah tentu kita tahu empunya diri yang dimaksudkan adalah ADUN Ketari, Young Syefura Othman atau lebih intim dipanggil Rara.

Dia telah memuatnaik gambar personal di media sosial sedang menyambut hari lahir bersama beberapa gadis dan jejaka lain di tepian pantai dipercayai di Bagan Lalang, Selangor. Padahal ramai tahu Rara adalah wakil rakyat Ketari di Janda Baik, Pahang.

Bagaimana pula dengan jarak lebih 140 kilometer dari kawasannya dan tempat sambutan hari lahirnya itu boleh menafikan bahawa dia tidak melanggar sebarang arahan SOP yang ditetapkan pemerintah?

Cerdiknya anak didik DAP ini, dia sudah tampil memadam gambar berkenaan serta merta selepas dihentam teruk netizen dan dia serta pasukan jentera siber DAP tak mampu menjawab serangan itu.

Sehari selepas itu pula (10 November 2020) dia telah hadir memberi keterangan di balai polis dan dalam masa sama, dia telah hadir ke IPD Bentong, Pahang untuk memberi sumbangan kepada anggota dan Pesara Polis dengan berpakaian ‘rasminya’ iaitu baju kurung sedikit ketat.

Pada sebelah petang hari yang sama pula, dia bersama-sama YB Lee Chin Chen ADUN Bilut turun padang melawat anggota PDRM yang bertungkus-lumus menjaga sempadan daerah Bentong melalui Sekatan Jalan Raya ( SJR ). Bukan datang tangan kosong, dia dan YB Lee telah menyampaikan sedikit makanan dan minuman untuk anggota yang bertugas.

Hebat ilmu politik dan strategi mengalih isu yang diamalkan oleh pasukan ultra kiasu DAP ini.

Serentak dengan itu juga kita dapat lihat bagaimana pada 10 November 2020, Anggota Parlimen Bintulu, Tiong King Sing menyerang Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah apabila menuduhnya “takut mati” kerana tidak langsung turun padang melihat situasi pandemik di lapangan.

Serangan ini sebenarnya tidak begitu besar sangat kerana ia mungkin bersifat sedikit peribadi. Namun isu ini mula dikembangkan apabila wakil rakyat DAP iaitu RSN Rayer cuba membuat provokasi dan ‘berkeras kepala’ enggan mendengar kata Speaker Dewan Rakyat sehingga dia dipaksa keluar dewan.

Kononnya Rayer mempertahankan maruah penjawat awam, walhal ketika mereka diberi kuasa pemerintahan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dahulu, apa DAP telah buat?

Bukankah mereka telah membuang sebegitu ramai para penjawat awam yang bukan lantikan politik sekali pun? Apa dosa para penjawat awam ini? Jika benar DAP pembela penjawat awam, tidaklah berpuluh ribu penjawat awam diberhentikan dahulu.

Tak terhenti di situ. DAP tahu jika tiada gerakan untuk memanjangkan isu ini, mungkin ia akan selesai setakat itu. Maka, Anggota Parlimen Kepong dari DAP, Lim Lip Eng bangun menyampuk kata-kata Speaker Dewan Rakyat pada sesi 12 November 2020 dengan menuduh bahawa keputusan yang dibuat oleh speaker pada sesi 11 November 2020 sebagai “bodoh”.

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun terkejut dan marah dengan kenyataan biadap itu. Walaupun diarahkan keluar dewan, Lim Lip Eng tetap berdegil dan memaki hamun dan menuduh speaker dengan pelbagai kata-kata yang biadap. Akhirnya wakil DAP itu ‘dibuang’ dewan selama 5 hari.

Adakah semua ini sekadar kebetulan? Mungkin bagi mereka yang tidak kenal siapa DAP akan anggap ia kebetulan dan tiada perkaitan.

Tetapi bagi mereka yang pernah bersama DAP dan tahu akan isi hati mereka, tidak mustahil semua ini saling berkaitan.

Isu lain cuba diperbesarkan agar isu yang DAP tak boleh jawab iaitu kes Rara langgar SOP PKPB dapat dilupakan oleh netizen di Malaysia. Akhirnya DAP masih dianggap sebagai watak politik yang baik budi (melalui tindak tanduk Rara selepas 9 November) dan DAP sebagai pembela mereka yang bukan dalam arena politik seperti penjawat awam (melalui tindak tanduk wakil mereka dalam Dewan Rakyat).

Bak kata Dr Ridhuan Tee Abdullah, DAP tetap ultra kiasu di Malaysia. Mereka ini tidak boleh di bawa berbincang dan berkawan. Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin juga pernah terkena dengan mainan halus DAP ini, jadi berhati-hatilah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo