NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ulasan tentang konflik Armenia-Azerbaijan yang tercetus sejak Ahad lalu.


oleh: Ayman Rashdan Wong
 
Sebenarnya konflik Armenia-Azerbaijan bukan baru. Selang 2 tahun akan berperang. 2008, 2010, 2012, 2014, 2016, 2018. Paling teruk tahun 2016, mengorbankan hampir 200 nyawa.

Punca konflik ialah perebutan ke atas kawasan Nagorno-Karabakh yang majoriti etniknya orang Armenia, walaupun ia berada dalam sempadan Azerbaijan (yang majoritinya orang Azeri).

Orang Armenia adalah orang Kristian, Azeri adalah penganut Syiah. Cuma Azeri kat Azerbaijan ni kebanyakan tak religious, negara pun sekular.

Kim Kardashian dan System of a Down ni semua keturunan migran Armenia. Selalunya orang Armenia ni nama keluarganya ada -ian/-yan. Kim Kardash-ian. Serj Tank-ian. Daron Malak-ian. Cherilyn Sarkis-ian (Cher). Arsenal pun ada player nama Henrikh Mkhitaryan (dipinjamkan ke AS Roma).

George Town Penang dulu port orang Armenia (sebab tu ada Lebuh Armenian). Hotel E&O tu dulu ownernya orang Armenia dari keluarga Sarkies yang asalnya bernama "Woskanian".

Eh dah tersimpang jauh. Balik kepada Nagorno-Karabakh.

Pada tahun 1988, etnik Armenia di Nagorno-Karabakh menuntut untuk masuk ke Armenia.

Waktu tu, kedua-dua Armenia dan Azerbaijan berada dalam negara yang sama iaitu USSR.

USSR tu apa pulak? USSR tu Russia di bawah pemerintahan komunis.

Russia asalnya empayar, ada tsar (maharaja). Tapi pada tahun 1917, tsar digulingkan oleh nasionalis. Kemudian nasionalis pula digulingkan oleh komunis. Komunis mendirikan USSR pada tahun 1922.

Masa nasionalis berperang dengan komunis, banyak bangsa dalam Russia ambil kesempatan merdeka dan tubuhkan negara sendiri, macam Ukraine, Georgia, termasuk Armenia dan Azerbaijan. Negara-negara ni berperang sesama sendiri merebut tanah. Huru-hara.

Tapi semua negara ini akhirnya berjaya ditawan balik oleh USSR. Untuk memudahkan pentadbiran, kerajaan pusat USSR di Moscow wujudkan 15 republik autonomi bagi bangsa-bangsa ini (sebab tu panggil Union of Soviet Socialist Republics).

Kerajaan pusat pegang kuasa menentukan sempadan antara republik-republik. Nagorno-Karabakh dan Nakhchivan dimasukkan ke dalam Azerbaijan, manakala Zangezur ke dalam Armenia. Konon boleh puaskan hati kedua-dua Armenia dan Azerbaijan.

Tapi sebenarnya dua-dua pun tak puas. Tapi disebabkan semua bawah pemerintahan USSR, tak timbul isu. Isu timbul pada tahun 1988 apabila rejim komunis USSR dah nak tumbang, etnik Armenia di Nagorno-Karabakh pun berani tuntut supaya Nagorno-Karabakh dikeluarkan dari Azerbaijan.

Azerbaijan tak bagi. Maka, pada tahun 1991 etnik Armenia isytihar kemerdekaan dan mendirikan Republik Nagorno-Karabakh, disokong Republik Armenia yang dah merdeka dari USSR. Azerbaijan pun merdeka. Semua merdeka. Maka berlaku lah perang antara negara.

Perang tamat dengan gencatan senjata pada tahun 1994. Hampir seluruh Nagorno-Karabakh berada di bawah penguasaan Republik Nagorno-Karabakh yang dipimpin oleh etnik Armenia. Dan Armenia pun tawan kawasan sekeliling Nagorno-Karabakh untuk sambungkan Armenia dan Nagorno-Karabakh.

Dari sudut pandang undang-undang antarabangsa yang mendahulukan doktrin sovereignty, Azerbaijan lah mangsa sebenarnya. Republik Nagorno-Karabakh (bertukar nama kepada Republik Artsakh pada tahun 2017) tidak diiktiraf sebagai negara yang sah di peringkat antarabangsa.

Turki sokong Azerbaijan. Orang Azeri dan Turki dari rumpun yang sama iaitu rumpun "Turkic". Bahasa Azeri dan Turki lebih kurang sama, panggil tuhan sebagai "Tanrı". Cuma Turki Sunni, Azeri Syiah.

Tapi keserumpunan tu bukan faktor utama. Kalau tak, tak terjadi Konfrontasi ye dok? Thailand dan Laos pun serumpun juga.

Sebenarnya Turki sokong Azerbaijan atas dasar "musuh kepada musuh = kawan". Turki tak ngam dengan Armenia, tu yang sokong Azerbaijan.

Turki dan Armenia ni musuh dendam sampai kiamat. Sebab masa Perang Dunia Pertama (WW1) Armenia yang duduk bawah Empayar Turki Uthmaniyah tuntut kemerdekaan dan berpihak kepada Russia. Kerajaan Uthmaniyah waktu tu dikatakan buat genocide (penghapusan etnik) ke atas Armenia.

Dan selepas WW1 tamat, Armenia yang berada di pihak yang menang nak rampas banyak kawasan timur Turki. Nasib Mustafa Kemal Ataturk bangkit menentang, baru ada Turki hari ini. Tapi Turki dah anggap Armenia sebagai pengkhianat, tak ada maaf. Armenia pun mendakwa Turki sebagai pembunuh (walaupun Turki nafikan).

Georgia pun sokong Azerbaijan, walaupun Georgia tu Kristian. Sebab Georgia tak ngam dengan Russia. Russia pula sokong Armenia. So "musuh kepada musuh = kawan", Georgia sokong Azerbaijan dalam isu Nagorno-Karabakh.

Iran complicated sikit. Kalau ikutkan Iran sama Syiah macam Azerbaijan. Shah (maharaja Iran dulu) zaman Dinasti Safawiyah (1501-1736) pun adalah keturunan Azeri. Sepatutnya kena tunjuk solidariti se-Syiah.

Tapi utara Iran tu kawasan orang Azeri. Asalnya seluruh kawasan orang Azeri berada dalam Iran zaman Safawiyah, tapi Russia tawan sebahagian utara. Yang tawan tu jadi Azerbaijan. Yang kekal dalam Iran tu dipanggil "Iranian Azerbaijan" atau Azerbaijan Selatan (GĆ¼ney Azerbaycan).

Iran selalu suspek Azerbaijan sokong separatis Azeri di sana, jadi Iran pun berbaik dengan Armenia. Lagi pun Armenia tu kawan rapat Russia, Iran kawan Russia. Kalau musuh kepada musuh = kawan, kawan kepada kawan lagi lah BFF. Jadi dalam isu Nagorno-Karabakh, Iran acah-acah neutral dan bertindak sebagai orang tengah.

Pakistan yang jauh nampak tak ada kaitan pun sokong Azerbaijan. Sebab Pakistan pro-Turki level cai. Tengok diorang punya touching layan cerita Ertugrul, orang Turki pun kalah. Pro-Turki maka tak ngam dengan Armenia. Tak ngam dengan Armenia = ngam dengan Azerbaijan.

Jadi adakah konflik kali ini akan merebak menjadi perang serantau atau WW3?

Jawapannya tidak.

Sebab "sokongan" semua ni tak semestinya diterjemahkan ke dalam bentuk "komitmen".

Sokong ni macam Turki keluar kenyataan condemn Armenia, Russia condemn Azerbaijan, Pakistan condemn Armenia. Sekadar condemn cakap-cakap je lah.

Komitmen tu kesanggupan untuk hantar askarnya turun bertempur. Macam US hantar askar dia ke Afghanistan, ke Iraq. Macam UK hantar askar dia ke Malaysia waktu Konfrontasi. Tu komitmen. Sanggup korbankan sumber dan nyawa rakyat sendiri untuk pertahankan kepentingan bersama rakan.

Kalau ada komitmen, baru akan jadi perang berskala besar. Macam WW1 berpunca daripada konflik kecil antara Serbia dan Austria-Hungary. Tapi disebabkan Russia beri komitmen bekap Serbia, Jerman beri komitmen bekap Austria, maka berlakulah perang besar.

Perang Armenia-Azerbaijan ni tak, sebab kuasa-kuasa besar tak ada kepentingan yang kritikal sangat. Azerbaijan ada lah minyak dan gas sikit, tapi tak ada lah banyak sangat sampai menggugat pasaran dunia.

Jadi kuasa-kuasa serantau (Turki, Russia, Iran) sepakat dalam isu ni, iaitu Armenia dan Azerbaijan harus bertenang dan berunding. Ada lah masing-masing jual senjata sikit (siapa tak nak untung kan), tapi masing-masing tak berminat untuk escalate konflik sampai out of control.

US pun tak ada cucuk, Trump just suruh "stop violence". Biasanya election year US tak akan campur tangan dalam konflik luar. Macam tahun 2008 Russia serang Georgia. Kalau tahun-tahun biasa ia boleh jadi WW3. Tapi sebab tahun 2008, Russia selamat bantai Georgia.

So basically perang Armenia-Azerbaijan ni tak ada impak yang besar sangat. Tapi kalau korang nak train otak korang dalam memahami politik antarabangsa tak jadi "binary" (hitam-putih), boleh dig isu ni.

Tak kira politik antarabangsa atau politik dalam negara, soal "perikatan" dan "pakatan" bukan benda yang clear cut dan tetap, tapi bersifat dinamik, samar-samar dan sentiasa berubah untuk memenuhi kepentingan aktor individu.

Sumber: https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10213984081275740

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo