oleh:Dr Suhazeli Abdullah
6.10.2020
Tengkawang
Mari kita ulangkaji kategori pesakit dalam rantaian pengurusan COVID-19. Ramai sudah jadi panik akibat kluster politik PRN Sabah. Tak apa, itu urusan mereka untuk uruskan diperingkat atasan.
Tugas saya adalah terangkan semula lapisan kategori pesakit yang terlibat dalam COVID-19. Jom baca seterusnya.
INDEX CASE
---> Adalah kes yang didapati sahih positif melalui ujian swab kerongkong (secara tepatnya RT-PCR).
❗️Index Case (IC) diwajibkan masuk hospital COVID-19 untuk rawatan minima 14 hari.
❗️Dibenarkan keluar hanya keputusan ujian negatif.
❗️Kontak Rapat beliau akan diarahkan menjalani saringan.
PERSON UNDER INVESTIGATION (PUI)
---> Adalah kontak rapat kepada IC. PUI ini lapisan 1.
❗️Maksud Kontak Rapat adalah:
šØšØš§š¦ yang pernah bersosial / berprogram dengan IC melebihi 15 minit, lebih-lebih lagi di kawasan yang tertutup.
šØš©š¦ Duduk serumah atau sepejabat dalam ruang waktu yang munasabah.
šØšØš§š¦ duduk bersama dengan IC dalam jarak yang rapat.
š©❤️šØ bersentuhan fizikal dengan IC.
Petugas kesihatan yang menguruskan IC tanpa memakai alat perlindungan.
Apa yang PUI kena buat?
❗️PUI diwajibkan jalani ujian saringan COVID-19.
❗️Jika keputusan POSITIF --> Status bertukar jadi IC.
❗️Jika keputusan NEGATIF: Hendaklah kuarantin kat rumah selama minima 14 hari. Ujian saringan akan dibuat secara berkala mengikut keperluan.
❗️Jika BERGEJALA dalam tempoh tersebut WAJIB di kuarantin kat pusat kuarantin yang ditetapkan.
❗️pohon jujur dengan istilah kuarantin kat rumah. Jangan ke sana ke sini dan ikut arahan kuarantin dari pejabat kesihatan.
š Program atau mesyuarat maya boleh dijalankan. COVID-19 tidak berjangkit melalui internet.
PERSON CLOSED CONTACT PUI
---> Adalah individu lapisan ke 2. Di mana beliau tidak pernah bersua dengan IC tetapi berhubung rapat dengan PUI.
❗️Selagi PUI berkeputusan negatif beliau tetap jadi lapisan ke 2.
❗️Jika PUI POSITIF --> dia bertukar status PUI pula.
Apa perlu dia buat?
❗️Jangan panik. Duduk rileks. Jangan kepoci.
❗️Tunggu keputusan ujian dari lapisan 1 - PUI. Selagi keputusan tak keluar, buat kuarantin kendiri kat rumah. Biasanya keputusan keluar dalam tempoh 48-72 jam.
❗️Kalau PUI POSITIF dia wajib jalani ujian swab kerongkong.
❗️Kalau PUI NEGATIF --> Beliau bebas! Tetapi senantiasa kena selalu beringat. Kalau bergejala sila tampil ke klinik untuk saringan.
LAPISAN KE 3
---> Individu yang tiada kena mengena dengan mana-mana lapisan di atas.
❗️JANGAN PANIK
❗️Hidup seperti biasa dalam norma baharu.
❗️Patuhi SOP
❗️Beri nasihat yang baik-baik, jangan kutuk orang. Nasib dan rezeki setiap kita berbeza-beza.
Sekian.
No comments
Post a Comment