Beli buku sedikit demi sedikit mengikut minat. Ini antara panduan berdasarkan cara saya kumpul buku.
1. Bidang/ Genre
(a) Fiksyen - Karya kreatif seperti buku cerita, komik dan novel. Terdapat pelgabai genre antaranya, cinta, kisah masyarakat, fantasi, seram, thriller, politik, sejarah dll.
(b) Non-fiksyen - Karya ilmiah dan buku panduan seperti pengurusan, kepimpinan, agama, motivasi, kewangan, biografi, sejarah dll.
2. Buku bersiri/ berjilid - Ada dalam bidang yang sama dari penulis yang sama atau lain. Ada yang bersambung sebab banyak maklumat atau ceritanya penjang.
3. Penulis - Selalunya penulis yang sudah ada nama dan banyak buku. Sangat menarik jika dapat kumpul koleksi lengkap seseorang penulis yang diminati. Ada juga yang suka kumpul judul yang sama, setiap kali edisi ulang cetak diterbitkan.
4. Bajet - Ini yang paling penting. Beli buku ikut kemampuan sendiri. Boleh pilih untuk beli buku baru atau pun buku terpakai, asalkan harganya mampu milik.
Minat akan berubah mengikut umur. Jangan hadkan kepada bidang, genre dan penulis yang sama sahaja. Cuba tambah minat terhadap buku-buku terbaru.
#notakakibuku - Ini rak koleksi buku-buku lama saya. Kebanyakannya buku non-fiksyen dari tahun 90an. Beli buku tiga ke empat bulan sekali, dengan bajet dalam RM150 ke RM200. Sempat baca sehingga habis, sebelum tambah koleksi baru.
#DudukRumahBacaBuku
#semuanyabuku
#MalaysiaMembaca
#jombaca
Sumber: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=3303344556376270&id=100001022738378
No comments
Post a Comment