INTRO
RUU355 senyap sewaktu PH memerintah. Tidak ada sesiapa yang membangkitkan dalam atau luar Parlimen .
Namun bila PN memerintah isu Ruu355 dibangitkan oleh pihak pembangkang.
Soalan paling popular bila Tghh hendak membentangkan usul RUU355. Sekarang Pas sudah menjadi Kerajaan.
Bagi mengimbau kembali RUU 355 ini, cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) diusulkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) di Persidangan Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 dengan mencadangkan hukuman mengikut hukum syarak kecuali hukuman mati dan kemudian ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat berikutnya.
Pada 24 November 2016 pula, Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan pindaan kepada usul pertama dibuat pada 26 Mei dengan mencadangkan hukuman denda RM100,000, penjara 30 tahun dan sebat 100 kali serta pindaan usul itu ditangguhkan.
Pada 6 Mei 2017 pula, usul itu dicadangkan semula dengan lebih mendalam Ahli Parlimen Marang dan diperjelaskan oleh Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) tetapi tidak dibahaskan kerana Dewan Rakyat menangguhkan usul berkenaan untuk dibahaskan ke persidangan berikutnya. Hingga kini RUU 355 belum dibahaskan.
Rujuk link.
Video TGHH sedang membentangkan usul RUU355..
TGHH bentang RUU355 secara Private Bill mengikut Peraturan Parlimen 49..
Peraturan 49 Parlimen
49. (1) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat dalam
Perkara 67 dalam Perlembagaan siapa-siapa ahli yang bukan ahli Kerajaan yang hendak membawa Ran Undang-undang boleh meminta izin Majlis hendak berbuat demikian, dan ia hendaklah juga menyertakan bersama satu naskhah Rang Undang-undang berserta dengan huraian mengenai tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya, tetapi tidak boleh mengandungi apa-apa hujah pada masa membawa Rang Undang-undang itu.
(2) Tiap-tiap permohonan demikian itu hendaklah dengan cara yang dikeluarkan usul, dan ahli yang mengeluarkan permohonan itu hendaklah juga menyampaikan kepada Setiausaha suatu salinan usulnya mengandungi nama Rang Undang-undang yang dicadangkan itu. Setiausaha hendaklah enggan menerima apa-apa permohonan yang tidak menepati kehendak Peraturan-peraturan Mesyuarat ini atau mana-mana undang-undang Persekutuan.
Usul Tghh telah disokong oleh MP Kota Bharu
Lihat video ini..
https://youtu.be/CYbu2YriXBA
Dan
https://youtu.be/_jFhxJhy0Fg
Bila usul itu sudah disokong maka usul tersebut sudah menjadi Agenda Kerajaan.
Dan ianya berpindah kepada Peraturan Parlimen 48.
Maka tanggungjawab untuk bentang adalah kuasa kepada Menteri Agama.
TGHH tidak perlu lagi membawa usul tersebut.
Untuk pembentangan Draf Akta Mahkamah Syariah seterusnya adalah sudah menjadi tanggungjawab Menteri Agama.
Berucap dalam sesi penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Dr Zulkifli menjelaskan setiap proses tersebut perlu diikuti agar pindaan tersebut dapat dibentang secara tertib dan teratur berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
Video nya
https://youtu.be/LSMYwKiwMVA.
Kerajaan perlu melalui sejumlah proses yang melibatkan pelbagai pihak sebelum dapat membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, atau lebih dikenali sebagai RUU 355, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad.
Berucap dalam sesi penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini, Dr Zulkifli menjelaskan setiap proses tersebut perlu diikuti agar pindaan tersebut dapat dibentang secara tertib dan teratur berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
“Ia perlu dibincangkan dalam jawatankuasa undang-undang syarak dan sivil yang ditubuhkan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) bagi menilai dan menyeragamkan segala pindaan dan penggubalan undang-undang berkaitan hal ehwal Islam.
“Kerajaan perlu beri ruang dan masa yang wajar kepada jawatankuasa untuk meneliti cadangan dan berunding dengan negeri-negeri,” katanya.
Rujuk link ini:
https://www.mindarakyat.net/2020/08/sebelum-mati-harap-ruu355-dapat.html?m=1
Jawapan Dr. Zulkifli itu senada dengan jawapan Parlimen oleh timbalannya Ustaz Ahmad Marzuk Shaary pada 22 Julai lalu bahawa setiap cadangan berkaitan penggubalan undang-undang perlu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Marzuk berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Anggota Parlimen Tampin, Hasan Bahrom berkenaan sama ada kerajaan berhasrat untuk membentangkan RUU tersebut buat kali kedua, serta bila ia akan dibuat dan bagaimana ia akan dilaksanakan.
RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa penghukuman mahkamah syariah bagi kesalahan jenayah syariah daripada:
i) Penjara tidak melebihi 3 tahun kepada penjara tidak melebihi 30 tahun.
ii) Denda tidak melebihi RM5,000 kepada Denda tidak melebihi RM100,000.00.
iii) Sebatan tidak melebihi enam kali kepada Sebatan tidak melebihi 100 kali
Rumusan
TGHH sudah berlepas tanggungjawab untuk membentangkan RUU355.
Apa yang kita tunggu Akta Mahkamah Syariah (Pindaan..Draf RUU355 Pindaan ) yang akan dibentangkan oleh Menteri Agama bila Draf Akta mahkamah syariah pindaan itu siap.
Maka tidak timbul lagi persoalan bila Tghh akan membentangkan usul RUU355.
Ibnukhatir
25 Oktober2020
MAMPUCENTRE
No comments
Post a Comment