Viral di media sosial semalam kain rentang yang ditulis dengan kata-kata kesat dan penghinaan, digantung di dua lokasi di bandar raya Ipoh, mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kain rentang itu pada jam 9 malam yang menunjukkan kain rentang itu digantung di jejantas pejalan kaki, Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Namun selepas beberapa anggotanya pergi ke lokasi, kain rentang itu tidak lagi kelihatan. Pemeriksaan di kawasan sekitar menemukan kain rentang berwarna putih dengan tulisan merah dan hitam di dalam tong sampah berdekatan hentian bas.
Selain itu, A Asmadi berkata, anggota pasukan bertindak khas di Balai Sungai Senam juga menerima maklumat mengenai insiden yang sama berlaku di Medan Selera Stadium Perak pada jam 12.15 malam.
Sekali lagi, polis yang tiba di lokasi tidak menemui kain rentang kedua yang dilaporkan.
Ketiadaan kamera litar tertutup di kawasan itu juga menyukarkan polis itu menyiasat, di samping tiada saksi bebas yang mahu tampil untuk dirakam keterangan.
Walaupun begitu, polis tetapi membuka dua Kertas Enkuiri Polis (KEP) bagi menyiasat insiden tersebut. - Harian Metro
No comments
Post a Comment