Pelbagai reaksi telah diberikan terhadap kenyataan media Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa “UMNO mendokong Kerajaan Perikatan Nasional” dan “UMNO mahukan kerjasama semua parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional diperkasakan”.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, nampak seperti cool sahaja dengan kenyataan media Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini bila sekadar menyebut “PKR mengambil maklum dan menghormati kenyataan yang telah dibuat Presiden UMNO”.
Tetapi tidak begitu halnya dengan Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang secara terbuka menuntut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi “memberikan kenyataan jelas apa yang sebenarnya dia dan UMNO mahukan”.
Tanya Datuk Seri Salahuddin Ayub, “Adakah beliau mahu bersama kita (PH) untuk ambil alih kerajaan atau bersedia untuk berkompromi dengan Kerajaan PN?”, sambil menyebut “Pendirian UMNO yang jelas perlu dipertegaskan dan bukan bermain-main”.
Begitu juga dengan taiko DAP, Lim Kit Siang, yang bertanya secara terbuka, “Mengapakah Zahid telah tunduk sepenuhnya sebegitu pantas sekali (Why has Zahid capitulated so fast and so completely) hanya selepas 30 hari Game of Thrones Malaysia?
Pelik juga mengapa pemimpin AMANAH dan DAP pula yang terciduk?
No comments
Post a Comment