NOTIS:
Lantik Wakil Cina Dalam Kabinet Sabah, Dasar Muka Tak Tahu Malu!
BANGI, 13 Safar 1442H, Khamis – Desakan Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) supaya mencalonkan beberapa wakil kaum Cina untuk diletakkan ke dalam Kabinet Sabah hanyalah untuk memenuhi tuntutan ultra kiasu mereka.
Terdahulu, Presiden FCAS, Tan Sri TC Goh berkata, perkara itu wajar dan perlu dilakukan supaya Kabinet negeri mempunyai perwakilan berbilang kaum, selain mencerminkan keprihatinan kerajaan ke atas masyarakat Cina.
Memetik laman Facebook Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong), beliau memberi alasan bahawa ADUN dari kaum Cina hanya mewakili kem pembangkang, manakala tiada ADUN dari kaum sama mewakili pemerintah, susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu lalu.
Goh yang juga Presiden Hua Zong berkata, kerajaan negeri GRS tidak boleh mengabaikan suara masyarakat Cina yang merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di negeri itu.
Membidas gesaan itu, pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, hakikatnya nasib orang Cina dan minoriti lain tetap terbela dalam kepemimpinan orang Islam.
“Tersenyum saya membaca komen ultra kiasu, akan tidak ada wakil Cina dalam barisan Kabinet Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini. NGO ultra kiasu menggesa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meletakkan wakil Cina dalam kabinet Sabah.
“Dasar muka tak tahu malu. Sudahlah majoriti Cina tidak undi GRS, tiba-tiba kamu minta wakil Cina. Sudah pergi cari DAP, buat apa kamu cari GRS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut mempersoalkan sejak bila masyarakat Cina terabai dalam keadaan mereka yang tidak mempunyai wakil.
Dr Ridhuan Tee memberi contoh di Kelantan dan Terengganu, meskipun tiada wakil Cina dalam Kabinet, kerajaan Islam di sana melayan minoriti ibarat menatang minyak yang penuh.
“Pernah kamu dengar orang Cina atau orang Siam kena jentik di Kelantan. Tak ada. Tahu kenapa? Jawapan mudah, kerana Islam atau kerajaan yang diterajui orang Islam, dilarang sama sekali menganiayai bukan Islam, tidak kira bangsa apa.
“Berdosa, tak masuk syurga kami jika berlaku zalim kepada bukan Islam, terutama bukan Islam yang baik-baik dan tidak ultra kiasu. Faham kamu! Sepatutnya, oleh kerana kamu tidak mengundi GRS, mereka akan membalas dendam terhadap kamu, tetapi itu bukan sifat orang Islam. Faham,” katanya.
Iktibar daripada PRN Sabah, beliau yakin MCA kecut perut untuk berhadapan dengan DAP di kawasan majoriti Cina Semenanjung.
Justeru katanya, MCA akan menagih simpati kerusi majoriti Melayu di Semenanjung dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
“Persoalannya, adakah Perikatan Nasional (PN) atau Muafakat Nasional – PAS dan UMNO – akan sekali lagi memberi laluan dan menggadaikan kerusi majoriti Melayu kepada MCA? Jika itulah yang berlaku, kita menjadi orang yang teramat bodoh.
“Sampaikan pesan saya kepada MCA, jika kamu benar-benar parti Cina yang ada nama Cina, berbanding DAP, pastikan kamu boleh menang bertanding melawan DAP. Dalam kata lain, biar Cina lawan sesama mereka atau Cina lawan Cina.
“Jika ultra kiasu MCA boleh menang, kamu layak untuk mendapat wakil dan kerusi Kabinet. Jika tidak, tidak perlulah nak tunjuk baik sangat untuk beri kerusi wakil Kabinet kepada mereka. Beri kepada wakil Cina yang tidak ultra kiasu seperti Parti Cinta Malaysia (PCM),” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment