Rakyat dikejutkan lagi apabila UEM Group, yang merupakan anak syarikat Khazanah Nasional Berhad, mencadangkan anak syarikatnya, UEM Sunrise Bhd untuk bergabung dengan Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) milik Tan Sri Liew Kee Sin dan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Syarikat kerajaan Malaysia Airlines ramai pekerja Melayu dibiarkan tenggelam, syarikat hartanah individu milik billionaire dibantu. Kegilaan apakah ini?
Disini kami akan memberi 15 dalil mengapa ini satu benda khianat yang di buat oleh Kerajaan 'Abah' dan Khazanah, dan hanya menguntungkan billionaire. Kerajaan membantu billionaire menggunakan duit rakyat, dan bukannya kerajaan ataupun billionaire membantu rakyat.
Fakta 1: Rakyat hilang pegangan majoriti dalam UEM Surise Bhd. Ketika ini, Khazanah mempunyai pegangan 66%, Urusharta Jamaah (iaitu Tabung Haji) ada 7%, dan EPF hampir 5%. Ini bermakna rakyat ada 78% daripada syarikat UEM Sunrise ini. Tetapi, dengan penggabungan ini, Khazanah hanya akan ada 43%, jatuh banyak. Maksudnya Khazanah hilang kontrol. Tabung Haji punya pegangan juga akan turun kepada 4% daripada 7%. Rakyat, terutamanya melayu Islam, hilang kuasa dan wang. Di tipu lagi.
Fakta 2: Yang manfaat dan akan menjadi ketua gabungan ini adalah tauke EcoWorld Tan Sri Liew dan kuncu-kuncunya. Pegangan tauke EcoWorld dan kuncu2nya akan naik dari 0% kepada 24%, iaitu pemegang saham kedua terbesar dalam syarikat gabungan milik kerajaan itu kelak. Mereka juga akan control syarikat ini.
Fakta 3: Ini pelaburan Khazanah yang bodoh kerana EcoWorld menghadapi masalah teruk dan mempunyai hutang lebih RM3 bilion. Mereka jua tertekan, laporan menunjukan mereka hanya wang tunai lebih kurang RM30 juta. Untuk sebuah syarikat pembinaan, aliran tunai mereka boleh dikira barai. Jadi, kenapa Khazanah mahu bantu syarikat tenat ini? Saham Ecoworld teruk sekali, jatuh 70% dalam tempoh lima tahun. Sekarang, harga saham dia hanya 0.40 sahaja. UEM Sunrise punya performance pun lebih baik daripada EcoWorld. Kalau mahu gabung, kenapa tidak dengan Sime Property milik PNB? Kenapa mahu bail-out syarikat milik billionaire? Bukankah lebih baik tolong syarikat dimiliki rakyat seperti Sime Property?
Fakta 4: Mengapa Khazanah mahu labur dalam pasaran hartanah apabila semua orang tahu pasaran hartanah merundum. Rumah harga tak masuk akal Ecoworld tak dapat dijual. Kenapa Khazanah mahu tolong taikun billionaire? Kenapa tergesa gesa ? Mandat Khazanah adalah untuk membuat pelaburan strategik untuk negara? Adakah labur dalam pasarana hartanah yang tenat itu strategik? Adakah rakyat akan untung? Jawapannya tidak!
Fakta 5: Pelan ini telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Khazanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri a.k.a ‘Abah’ pada bulan lepas. Yang menariknya, tok dalang kepada perjanjian ini adalah Shahril Redza, Pengarah Urusan Khazanah yang juga merupakan ahli lembaga pemegang amanah UMNO. Ahli Lembaga pengarah Khazanah lain yang meluluskan ‘bail-out’ ini adalah Azmin Ali, dan Menteri Kewangan ‘PakSu berbasikal’ Tengku Zafrul. Ahli Lembaga Khazanah yang lain adalah Dato Azlan Hashim (beliau juga adalah ahli panel pelaburan di Kumpulan Wang Amanah Pencen yang memberi RM4bil kepada Najib. Habis RM4bil dicuri. Dato Azlan masih joli sana sini tanpa segan silu)
Fakta 6: Pegawai pengurusan tertinggi Khazanah, rata-rata Melayu yang gaji tidak masuk akal (ya, dikatakan gaji Shahril dan timbalan beliau Tengku Azmil yang membuatkan MAS lingkup, melepasi RM140,000 SEBULAN) juga tidak menentang cadangan merepek ini. Ini dia nama pegawai tertinggi di Khazanah:
1) Datuk Shahril Ridza Ridzuan- Pengarah Urusan
2) Tengku Dato' Sri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz – Ketua Pelaburan
3) Dato' Mohamed Nasri Sallehuddin- Executive Director. Legal
4) Datuk Hisham Hamdan, Executive Director, Public Markets
5) Faridah Bakar Ali- Executive Director, Chief Financial Officer
6) Suhana Dewi Selamat - Head, Governance, Risk & Compliance
7) Latifah Daud Executive Director, Strategic Human Capital Management
8) Mohd Izani Ashari, Executive Director, Special Projects Office
9) Amran Hafiz Affifudin, Executive Director, Power
10) Bryan Lim, Executive Director Private Markets (North Asia)
11) Serena Tan Mei Shwen, Executive Director Private Markets (Southeast Asia)
12) Nik Rizal Kamil, Executive Director Private Markets (North America, EMEA & India)
13) Dr Farid Mohamed Sani, Head, Telecommunications
14) Selvendran Katheerayson, Head, Real Assets
15) Wong Shu Hsien, Head, Infrastructure
16) Shahin Farouque Jammal Ahmad, Head, Airlines and Leisure & Tourism
17) Nik Sharifidin Nik Mohamed Din, Head, Strategy
18) Mohd Raslan Md Sharif, Head, Corporate Communications
19) Nicholas Khaw, Head, Research
Fakta 7: Lembaga Pengarah UEM Sunrise juga dua kali lima. Mengapa mereka tidak melawan? Jawapanya mudah, mereka ini ikut cakap Khazanah. Pak turut.
1) Tengku Dato' Sri Azmil Zahruddin – Pengerusi (juga Pengarah di Khazanah)
2) Dato' Mohd Izani Ghani – Pengarah Urusan dan Bekas Pengarah di Khazanah
3) Dato' Mohamed Nasri Sallehuddin , Pengarah (juga Pengarah di Khazanah)
4) Wong Shu Hsien- Dire Pengarah (juga Pengarah di Khazanah)
Fakta 8: Cadangan ini ditolak oleh Kerajaan PH. Ketika zaman PH, Shahril, Tan Sri Liew dan Tan Sri Syed Mokhtar cuba untuk melakukan benda yang sama, tetapi ditolak bulat-bulat oleh Kerajaan PH. Azmin Ali ketika itu juga membantah cadangan ini ketika dibentangkan pada tahun lalu. Tapi macam biasa, beliau berubah fikiran dan sekarang ini menyokong penuh usaha ’bail out’ EcoWorld ni. Jangan lupa hubungan Abah dengan Tan Sri Syed Mokhtar ketika Abah menjadi MB Johor.
Fakta 9: Penyanyi utama ‘BandBoy Barisan Nasional’ yang juga Menteri Kewangan iaitu Tengku Zafrul juga menyokong kuat idea ini. Beliau lah ‘banker’ untuk penggabungan di mana ini pada tahun lepas ketika beliau menjadi CEO di CIMB. Beliau kini sedang menolong billionaire Tony Fernadez di AirAsia, tetapi biarkan MAS mati tanpa dibantu. #BankerJagaBillionaire
Fakta 10: Abah, yang merupakan penyelamat bani Melayu, seperti biasa menyokong penuh pelan ini. Dia tak ada masalah untuk memberi TS Liew dan TS Syed Mokhtar ini berbilion duit rakyat untuk menyelamatkan EcoWorld. Beliau juga memberikan tanah strategik di Kuala Lumpur yang dimiliki oleh kerajaan ( Bandar Malaysia ) kepada Tan Sri Lim Kang Hoo dan rakan perniagaannya dari China yang dianggarkan mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM140 bilion. Alhamdulillah, syukur orang Melayu dapat pemimpin macam Abah.
Fakta 11: Shahril Redza, bersama Tan Sri Liew tauke EcoWorld suka menipu Melayu. Dahulu, ketika Shahril menjadi Boss di EPF, dia telah memberi pinjaman kepada Liew untuk membangunkan tanah Melayu UDA di Bukit Bintang. Bukannya dia membantu syarikat bumiputera seperti Sime Property, MRCB, dan sebagainya. Kini, dia akan beri duit rakyat untuk tolong Liew. Kenapa? Kenapa sayang sangat? Mungkin sayang ada makna tu.
Fakta 12: Khazanah ini tidak pandai berniaga. Jangan lupa penggabungan syarikat hartanah yang dahulu gagal sekali! Dahulu, penggabungan UEM & Sunrise ( yang mana deal ni dikepalai oleh badut-badut Khazanah demi keuntungan Datuk Tong Kooi Ong, bos The Edge ) tak berjalan dengan baik. Dua budaya berbeza bertembung. Jangan lupa Tong kata kalau dua companies ini digabungkan, modal pasaran akan mencecah RM10 bilion. Hasilnya, sejak penggabungan itu, nilai UEMSunrise hanya lah RM1.7bil, jauh dari anggaran RM10bil. Yang kaya apek Datuk Tong, yang rugi rakyat Malaysia.
Fakta 13: Ecoworld bukan rakan yang sesuai untuk UEM Sunrise. Kajian oleh Bain & Co mendapati bahawa rakan kongsi terbaik UEM Sunrise adalah MRCB ataupun Sime Property. Bukannya EcoWorld. Benda ni dan dibentangkan pada Ahli Lembaga UEM Sunrise dan pengurusan Khazanah. Tapi mereka buat-buat tak tahulah. Pengerusi UEM Sunrise sekarang ini, Datuk Noorazman Aziz, bekas pengarah di Khazanah ni macam pondan. Tapi dikatakan dia sokong sebab dia akan jadi Pengerusi. Hanya pentingkan diri sendiri. Runggutan pegawai bawahan terhadap beliau mengatakan beliau ini malas terlampau, dan lembik macam pondan walaupun dapat eluan Pengerusi hampir RM250,000 setahun!. Sama la dengan ahli Lembaga pengarah lain di UEM Sunrise. Tak pandai membantah. Elegant silence konon. Siapa mereka ini?
1. Dato Noorazman Abdul Aziz – Pengerusi.
2. Subimal Sen Gupta - Pengarah
3. Dato’ Mohd Izani Ghani - Pengarah
4. Zaida Khalida Shaari – Pengarah
5. Effizal Faiz Zulkifly - Pengarah
6. Ungku Suseelawati - Pengarah
7. Tan Sri Dr Azmil Khalili Dato’ Khalid - Pengarah
8. Datin Teh Ija Mohd Jalil - Pengarah
9. Christina Foo - Pengarah
Fakta 14: Rakyat akan rugi jika deal ini diteruskan. Dah terang lagi bersuluh bailout ni tak ke mana. Tak ada sinergi bak kata orang putih. Wang rakyat akan dibazirkan dan hanya menguntungkan TS Liew, Tan Sri Syed Mokhtar, dan puak-puak dia saja. Beliau ada rekod menipu orang Melayu. Jangan lupa beberapa tahun dahulu PNB pun otak udang apabila mereka membeli syarikat SP Setia dari TS Liew. PNB dengan suka hatinya memberi berbilion duit orang Melayu miskin dekat Cina tu. Dan apa dia buat? Tubuh syarikat baru iaitu EcoWorld untuk lawan SP Setia. Cerdik betul PNB ni. Orang Melayu kena tipu lagi. Sekarang ni, EcoWorld nak kena bailout sekali lagi? Jangan lupa bahawa PNB bayar RM3.90 bagi setiap syer SP Setia pada 2011. Kini, harga saham SP Setia hanya RM0.75. Jatuh merundum! Ada siapa-siapa dalam PNB yang kena buang sebab menyebabkan penabung Melayu rugi berbilion? Orang Melayu kena rasa bimbang, PNB kena buat rosot nilai untuk SPSetia lebih kurang RM3-4 bilion tahun ini. Nilai ni lebih kurang 1/3 dividen yang dibayar ASB kepada pemegang unit dia. Orang Melayu kena tipu lagi.
Fakta 15: TS Liew ini seorang penjenayah dan dia patut berada di penjara. Beliau telah menipu PNB ketika beliau menjadi ketua di SP Setia. Laporan forensic dibuat oleh EY membuktikan beliau harus didakwa. Tetapi Pengerusi NB ketika itu Tan Sri Wahid tidak mahu menbuat laporan polis. Laporan forensic itu kini ada pada Tan Sri Zeti Pengerusi PNB. Namun, Tan Sri Zeti masih diam, sama seperti ketika Najib dapat RM2.6b ketika Zeti menjadi Gabenor Bank Negara. Kami cabar TS Zeti untuk mendedahkan isi kandungan laporan forensic tersebut.
Rakyat tak patut diperbodohkan lagi oleh taikun-taikun yang nak wang rakyat digunakan untuk bail out. Ahli Lembaga Pengarah Khazanah semunya patut letak jawatan, Shahril Redza pun patut kena buang dengan proposal mengarut macam ni.
Apa kita patut buat? Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan sudah mendesak kerajaan hentikan langkah menggabung UEM Sunrise dan EcoWorld. Malangnya suara mereka kecil dan tidak sampai ke telinga Abah yang sedang jalani kuarantin. Patut Abah dirotan. Apa yang rakyat Malaysia perlu ialah suara suara yang lebih banyak dan kuat – Strength In Numbers.
Mana suara suara dari Pemuda PAS, Pemuda Pakatan Harapan, Parti Pejuang dan parti MUDA? Ini lah masanya golongan muda membuat bising dan menolak perniagaan secara kroni yang hanya menguntungkan golongan billionaire. Ingat, jika anak muda tidak bertindak sekarang, yang akan membayar kebodohan Abah dan nama-nama di atas ialah kamu dan anak cucu kamu nanti!
No comments
Post a Comment