Baca yang terbaik apa yang kamu jumpa. Hafal yang terbaik dari apa yang kamu baca. Tulis yang terbaik dari apa yang kamu jumpa
RAHSIA BILA DAN BAGAIMANA TGHH MENULIS
Oleh: Fahmi Mokhtar
Kita masing-masing kagum dengan keupayaan TGHH menulis. Artikelnya boleh kata setiap minggu akan disiarkan. Bukunya setiap bulan akan terbit.
Hinggakan rakan-rakan di Pustaka Pertama Ummah tak menang tangan untuk susun jadual penerbitannya. Bahkan kita yang membaca ini pun tak sempat nak baca buku baru TGHH, eh, keluar buku terbaru pulak.
Sebelum ini, aku pernah tanya Setiausaha Akhbar TGHH, Akh Malik. Sambil senyum Malik cerita, TGHH akan menulis lepas subuh dan masa musafir untuk program dan sebagainya.
Satu ketika, masa retreat PAS Pusat, semua pimpinan PAS Pusat berkumpul beberapa hari. Satu haritu, TGHH tak ada slot sebelah petangnya. Jadi TGHH kata ke Malik, ana nak menulis hari ni.
Kalau kita, masa rehat dalam retreat gini, masuk bilik, tidur la apa lagi. TGHH, rehat dengan menulis. Petang tu masa makan, Malik tanya TGHH, berapa muka dah siap tulis Ayah Chik, TGHH jawab 60 ms.
Aku dalam hati, mesti TGHH sambung menulis, takkan sepetang 60 ms. Aku tanya Malik, 60 ms tu sepetang tu ke? Malik tengok aku, Ya, haritu TGHH mula menulis, jawabnya.
Alhamdulillah, persoalan aku tertangguh berbulan-bulan ini terjawab, bila tengok pelancaran buku Fiqh Siasah Abu Bakar As-Siddiq beberapa hari lepas.
TGHH bocorkan rahsianya, TGHH cerita masa beliau berusrah dengan pimpinan gerakan Islam luar negara (mungkin masa belajar). Ada yang memberikan kata-kata hikmah kepada beliau:
Iqra' Khaira Ma Tajid, Wahfaz Khaira Ma Taqra', Waktub Khaira Ma Tajid.
(Baca yang terbaik apa yang kamu jumpa, dan hafal yang terbaik dari apa yang kamu baca, dan tulis yang terbaik dari apa yang kamu jumpa).
TGHH sebut beliau pegang kata-kata ini. Maka, tak peliklah kalau TGHH menulis tu, kira macam air hujan yang mencurah-curah. Boleh kata ilmu yang ada, TGHH sudah ikat dengan cara tulis dan hafal.
Moga Allah berikan masa yang barakah kepada kita untuk membaca tulisan-tulisan TGHH. Moga TGHH terus sihat untuk membimbing kami.
Dari Page: Syahir Sulaiman
#qudwah
No comments
Post a Comment