NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalau Masih ada Tanah untuk dijual Kenapa Mahu Tambak lagi tanah ?

Saya terpanggil untuk beri komen terhadap cubaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk terus mencari justikasi untuk menjual lagi tanah milik negeri . Tanah milik negeri  secara tak langsung memberi indikasi masih ada ruang rakyat untuk memberi semak imbang. Jika telah menjadi milik swasta , jangan harap sangat untuk diserah semula kepada Negeri. 

Sejak beberapa tahun belanjawan negeri defisitnya bertambah. Pada tahun ini defisit bertambah menjadi lebih 40 peratus. Dalam keadaan runcing belanjawan dan cabaran sukar sebegini kerajaan negeri masih berani ambil risiko untuk meneruskan agenda projek Mega iaitu PSR yang melibatkan reklamasi tanah. 
Seperti suatu lojik pelik. Kalau masih ada tanah kenapa mahu ditambun tanah baru. Adakah ideanya hanya mahu membuat pemulihan kesihatan kewangan kerajaan hanya dengan bermain dengan penjualan tanah. 

Apakah faedah langsung kepada rakyat melalui inisiatif pelik ini ? 

Apa yang pasti melalui penerusan terhadap projek tambakan PSR tetap akan memberikan keuntungan kepada suatu kroni hartanah terkenal iaitu Ideal Property yang memegang 20% kepentingan dalam Konsortium SRS . 

Jika cadangan yang sedang dijustikasikan untuk penjualan tanah milik negeri ini adakah Ideal akan dapat lagi ? 

Baru-baru ini kita mendengar pendedahan bahawa projek pelebaran Lapangan Terbang pun telah ada cubaan untuk diberi lagi kepada Ideal . 

Melihat pada satu infografik yang dibuat oleh nst pada tahun 2016 bahawa pesta jual tanah kerajaan negeri begitu rancak selama 9 tahun.

Apakah dengan tindakan jualan tanah ini sebagai satu escapism untuk menutup sebarang kelemahan yang mungkin ada daripada sudut urustadbir negeri ?

Saya harapkan lebih ramai lagi , suara rakyat Pulau Pinang bangkit meminta penjelasan negeri terhadap cubaan menjual tanah milik negeri yang mana lambangan hak rakyat ada bersamanya. 

#UntukNegeriKita

Zikrullah Ismail
Aktivis Sosial & Kemasyarakatan
Pengerusi NGO LEKAS 
USM Pulau Pinang
19 Oktober 2020

P/s : apabila Corporatocracy semakin melampau , masyarakat harus bangkit bersuara sebelum nasi menjadi bubur.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo