NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Juruteknik Komputer Jadi Individu Pertama Di Pulau Pinang Didakwa Ikut Pindaan Akta


GEORGETOWN: Seorang juruteknik komputer menjadi individu pertama di Pulau Pinang didakwa atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol di Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengikut pindaan baharu Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan Pindaan 2020 yang mula berkuat kuasa Jumaat lalu.

Saw Yen Yew, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Rosnee Mohd Razak.


Dia didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan iaitu 50 miligram dalam 100 mililiter darah di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini pada jam 2.55 pagi, Ahad lalu.

Yen Yew berdepan hukuman denda maksimum RM30,000, penjara sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Erma Yanti Abdul Rahim menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun peguam Mohamad Ismail Mohamed yang mewakili Yen Yew memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,000 atas alasan tertuduh tidak akan melarikan diri dan sudah memberi kerjasama.

Mahkamah kemudian membenarkan Yen Yew diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 November ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen. – BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo