NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dap ibarat kokok berderai-derai, ekor penuh tahi.



KENYATAAN RASMI
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
DAP IBARAT KOKOK BERDERAI-DERAI, EKOR PENUH TAHI.

1. Pemuda PAS menegaskan RASUAH adalah suatu perbuatan yang tercela bagi seorang manusia, dan lebih hina jika ianya dilakukan oleh seorang pemimpin yang diberikan amanah dan kuasa.

2. Segala kesalahan yang berkaitan dengan perbuatan ini haruslah diambil berat oleh sesiapa sahaja tidak kira ianya datang dari mana-mana individu, entiti atau parti samada yang lama atau yang baharu.

3. Isunya, ketika gegak gempita dibuat oleh sesetengah pihak terhadap kes-kes rasuah berprofil tinggi ini dicanang-canang di merata dunia, Pemuda PAS merasakan isu yang cukup berat iaitu kes rasuah melibatkan terowong Pulau Pinang sepanjang 7.2 kilometer menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai yang menelan kos RM 6.3 billion yang membabitkan tokoh besar dalam DAP, seolah menjadi sampah yang disembunyi di bawah hamparan tikar kotor parti ini.

4. Tertuduh saudara Lim Guan Eng di dalam kes rasuah melibatkan projek terowong tersebut seolah telah disucikan apabila beliau membuat pengakuan tidak bersalah terhadap semua pertuduhan sedangkan kes tersebut masih belum dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah.

5. Begitu juga dengan isterinya Betty Chew Gek Cheng yang turut didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth di atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah RM372,009.00 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd yang telah dimasukkan ke dalam akaun Public Bank Berhad miliknya.

6. Tidak dinafikan seseorang itu tidak dianggap bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, namun terdapat sesetengan pihak yang menganggap tuduhan rasuah yang dikenakan ke atas pimpinan DAP ini sebagai 'ok-ok sahaja' sedangkan kes rasuah terutama melibatkan individu yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan adalah serius yang memberikan kesan terhadap pandangan rakyat Malaysia terhadap kepimpinan negara.

7. Maka, Pemuda PAS mendesak untuk DAP terus jujur dan tidak mengambil sikap berat sebelah terhadap isu rasuah yang cukup keji. Ketika mereka sibuk menuduh dan menuding jari kesana-sini terhadap kes-kes lain, tapi apa yang dilihat, pimpinan tertinggi mereka juga terlibat dalam kes berprofil tinggi melibatkan harta negara yang sepatutnya dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

8. Jika pimpinan DAP terus berdiam diri terhadap kes rasuah yang melibatkan pimpinan mereka, tetapi terjerit-jerit terhadap pihak lain, maka tidak ubahlah DAP seperti peribahasa Melayu, 'kokok berderai-derai, ekor penuh tahi'!

Ir Ts Hj Khairil Nizam

Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo