NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Perancis, Jerman laksana penutupan kali kedua seluruh negara




KUALA LUMPUR: Perancis dan Jerman mengarahkan penutupan nasional kali kedua di seluruh negara bagi menangani gelombang baharu COVID-19 dengan kebimbangan mengenai kadar jangkitan pada musim sejuk yang dijangka meningkat.

Presiden Perancis Emmanuel Macron menyatakan arahan itu akan berkuat kuasa bermula Jumaat ini manakala Canselor Jerman, Angela Merkel pula berkata penutupan di Jerman bermula Isnin depan.

Kedua-dua negara melaksanakan penutupan sepenuhnya selama empat minggu sepanjang bulan November ini.

Macron berkata, "virus ini menjangkiti dengan cepat malah sukar diramalkan, seperti negara jiran kita juga mengalami perkara yang sama.

"Kita semua berada dalam posisi yang sama, dibadai gelombang kedua yang kita tahu lebih buruk dan teruk berbanding yang pertama, jadi saya memutuskan bahawa kita perlu kembali ke penutupan nasional untuk menghentikan virus," jelasnya.

Langkah terbaru Perancis itu menyaksikan orang ramai akan diminta tinggal di rumah kecuali untuk membeli barangan keperluan harian, perubatan atau bersukan satu jam sehari.

Restoran, bar, pusat riadah juga dan perniagaan tidak penting akan ditutup.

Mereka yang dibenarkan bekerja hanya sektor seperti perkilangan, perladangan dan kerja yang memerlukan mereka berada di pejabat.

Sekolah bagaimanapun akan terus dibuka setakat ini dan sesiapa yang meninggalkan kediaman perlu membawa dokumen yang membenarkan mereka berada di luar rumah serta diperiksa polis.

Dalam pada itu, Jerman pula akan menutup bar, restoran dan teater di bawah langkah yang dipersetuji Merkel dan Gabenor di semua negeri.

Sekolah dan kedai akan dibenarkan beroperasi namun dalam had masa yang terhad.

"Kita perlu mengambil tindakan sekarang, sistem kesihatan kita mungkin dapat mengawal keadaan hari ini namun, kecepatan jangkitan ini akan menghadkan kawalan kita terhadap virus dalam beberapa minggu akan datang," kata Merkel.

Pertambahan kes baharu di Jerman sebanyak 14,964 manakala Perancis 380 kes setiap 100,000 penduduk.
Perancis merupakan negara kelima tertinggi kes jangkitan dengan 1,280,215 manakala Jerman sebanyak 486,972.

Perancis merupakan negara kelima tertinggi kes jangkitan dengan 1,280,215 manakala Jerman sebanyak 486,972.

Kedua-dua negara masing-masing merekodkan angka kematian sebanyak 35,823 dan 10,259.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo