NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersyukurkan VC Baharu UM, Kerana Diberi Peluang Lebih Besar

Cuba bandingkan tindakan yang dibuat oleh bekas menteri sebelum ini

Saya membaca nota yang ditinggalkan oleh bekas VC UKM, yang kini dilantik sebagai VC UM yang baharu. Tahniah! 

Membaca nota yang ditinggalkan, begitu sayu sekali, seolah-olah tidak berpuas hati dengan tindakan ditukarkan kepada jawatan yang sama. Bersyukur, perlantikan pertukaran tersebut ibarat sirih pulang ke gagang. 

Dalam hati saya berkata, nasib baik kamu dilantik dalam jawatan yang sama, tidak ditamatkan kontrak sebagai VC, apabila berlaku pertukaran menteri. 

Apakah kamu sudah lupa, bagaimana VC VC dahulu ditamatkan perkhidmatannya oleh bekas menteri terdahulu yang terkenal dengan kasut hitam. Tepuk dada, tanya iman. 

Kehadiran kamu ke UKM daripada UM, sebelum ini sedikit sebanyak ada kaitan dan pertalian dengan bekas menteri tersebut. Jika tidak, masakan begitu mudah menyeberang, sedangkan di UKM sendiri, ramai lagi academia yang hebat untuk dilantik ke jawatan tersebut.

Begitu berhikmah sekali tindakan YBM Menteri Pengajian Tinggi sekarang. Jarang sekali jumpa. Tahniah juga kepada YBM Pengajian Tinggi.

Sudahkah kita lupa, ketika PH mula mendapat kuasa, tidak sampai 100 hari, boleh dikatakan hampir semua pemimpin GLC, dan badan berkanun dibuang, dan ditukarkan, sebelum kontrak tamat. Ada VC yang sedang sakitpun, sampai surat penamatan perkhidmatan 

PH lantik orang dalam kalangan mereka, ahli parti politik mereka dan mereka yang pro PH.

Dalam kata lain, lantikan BN sebelum itu, dibuang, ditukar dan disejukbekukan.

Perkara yang sama berlaku, apabila PN dan MN berjaya memerintah. Semua institusi awam dan GLC turut ditukar, kecuali kementerian yang berkaitan pendidikan, terutama pengajian tinggi, walaupun ketika itu mereka sudah kecut perut.

Saya difahamkan apabila kerajaan beralih kepada PN, pada ketika itu, ada pemimpin universiti pergi melutut dan berjumpa pemimpin politik PN, BN dan MN, termasuk juga pembesar, untuk kekal jawatan dan berkuasa. Muka tak malu

Namun, tunggu punya tunggu, tidak berlaku. Pimpinan universiti lantikan PH terus dikekalkan, kerana mahu tunggu sehingga kontrak mereka tamat. Tidak mahu rock the boat.

Menarik nafas lega ultra kiasu ini.

Ramai tertanya-tanya, kenapa masih dikekalkan lantikan PH ini? 

Sekali jawapannya, don’t rock the boat. Ditambah lagi dengan jawapan, mahu lakukan seperti menarik rambut dalam tepung. Tepung tidak berselerak. PN tidak mahu jadi seperti PH. Baik dan berhikmah sungguh. 

Kita tertanya-tanya, jika begitu keadaan, kenapa tidak lakukan perkara sama kepada GLC-GLC? 

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) misalnya, ketika PH memerintah, semua dimasukkan orang politik dan akademik dalam kalangan PH. Apabila PN memerintah, ditukar habis kepada orang PN.

Kenapa di peringkat IPT dibiarkan? Tidakkah mereka ini nanti akan menjadi duri dalam daging?

Ada jawapan lagi, kita tidak mahu berlaku zalim macam bekas menteri Pendidikan PH. 

Sekarang apa jadi?

Bekas menteri Pendidikan ini begitu lantang mengkritik Menteri Pengajian Tinggi. Tak buat ini, tak buat itu. Siapa yang salurkan maklumat ini kalau bukan orang bekas menteri ini yang masih berada dalam perkhidmatan tinggi?

Hari ini, bekas menteri tersebut mahu menjadi malaikat. Mahu menonjolkan apa yang dia tinggalkan itu baik. 

Sedangkan banyak inisiatif yang telah dilakukan oleh Menteri Pengajian Tinggi, tetapi tidak dihebohkan seperti hebohnya pertukaran kasut putih kepada hitam, dan mahukan pelajar sekolah belajar berenang di kolam renang hotel. 

Akibat daripada membela ultra kiasu dalam pendidikan tinggi ini, banyak rahsia bocor ke tangan PH. 

Kononnya apa yang telah ditinggalkan begitu bermakna kepada negara, antara Sasterawan@Fakulti, katanya mahu melahirkan orang-orang seperti Shakespeare. 

Kita pun tertanya-tanya, selama 22 bulan memerintah, berapa ramai “Shakespeare” yang dilahirkan. Rupa-rupanya “Shakespeare” yang dilantik @fakulti jenis yang ultra kiasu?

Rupa-rupanya dia marah sebab Kementerian  Pengajian Tinggi tidak teruskan legasi dia. KPT ada cara lain untuk lahirkan sasterawan.

Lagipun berapa ramai sasterawan yang ingin dilahirkan. Takkan semua mahu menjadi sasterawan. Cukuplah apa yang ada pada hari ini kepada yang berminat. Yang lain biarlah mereka jadi teknokrat, professional dan lain-lain. 

Tidak cukup dengan itu, pemimpin ultra kiasu turut mengkritik cara KPT mengendalikan COVID19 di peringkat IPT dan sebagainya. 

Ketika KPT hebat dikritik ultra kiasu ini, malang tidak ada seorangpun pemimpin lantikan PH ini di universiti ini tampil ke hadapan, mempertahankan menteri hari ini. Sedangkan dalam setiap kata-kata palsu mereka sentiasa mempamer, kita berkhidmat kepada kerajaan yang memerintah, bukannya parti, benarkah? 

Malah, ada pemimpin universiti yang berani tidak melaksanakan arahan daripada KPT itu sendiri

Inilah akibatnya apabila kita menggunakan strategi don’t rock boat.

Nasihat saya, tukar kepada strategi, don't be afraid to rock the boat once in a while; if someone falls out, they obviously weren't meant to be in your boat in the first place. Ingat sejarah rock the Nabi Yunus. Allah gegarkan bot untuk kebaikan mendatang

Pada saya Menteri Pengajian Tinggi memandang jauh ke hadapan, berbanding sebelumnya yang lebih mencari publisiti

Kita tidak tahu jika kerajaan tidak berubah, PH masih memerintah, apakah akan terjadi kepada pelajar-pelajar universiti. 

Tetapi dengan berubahnya kerajaan ketika saat-saat pandemik, begitu berhasil sekali inisiatif yang dilakukan.

Marilah telusuri bersama seperti yang pernah dinukilkan rakan saya, Abdul Rahim Hilmi Zakaria (19 April 2020), yang memuji tindakan KPT dan MOSTI menyantuni pelajar IPT ketika pandemic COVID19.

Kerjasama dua kementerian ini, membolehkan 10 buah makmal diagnostik di institut pengajian tinggi digunakan. Kesannya ia membantu menaikkan kadar ujian harian daripada 4,454 pada 26 Mac kepada 12,138 pada 7 April.

MOSTI juga berjaya mengoperasikan sebuah makmal bergerak Biokeselamatan Tahap 3 (BSL3). Fungsinya akan membolehkan makmal ini ditempatkan di kawasan-kawasan hotspot bagi mempercepatkan keputusan saringan di daerah kritikal dan terpencil.

MOSTI dan KPT kemudiannya bersama-sama dengan pihak swasta membangunkan prototaip sistem robot penghantaran MCK19 yang membantu mengurangkan kontak antara petugas kesihatan dan pesakit ketika tempoh kuarantin. Sistem ini dibangunkan hanya dalam tempoh kurang 2 minggu

Tanpa koordinasi dan gerak kerja pasukan KPT, kita akan berdepan dengan risiko kluster IPTA. 80 ribu mahasiswa yang masih tinggal di kampus kediaman itu dijaga kebajikan dan diuruskan tekanan bagi mengelakkan wujudnya gelombang baru. Ia berlaku selepas kritikan keras pelaksanaan PKP Fasa 1 yang sangat kelam kabut pada peringkat awal 

Sudah tentu ada kesilapan. Ia adalah lumrah. Contohnya siapa yang berkenan apabila Dr Noraini duk promosi Tik Tok berjoget pada malam Nisfu Syaaban?

Tetapi orang akhirnya akan menilai bagaimana kita bangun daripada kritikan, bukan bagaimana kita mempertahankan kesilapan.

Orang akan menilai bagaimana kita mengambil tanggungjawab, bukannya bagaimana kita melepaskan diri dengan menuding jari.

Dunia sudah berubah. Politik hari ini adalah politik hasil. Bukan lagi politik retorik.
Semakin cepat anda menerima hakikat ini, semakin mudah anda akan kekal relevan kepada kami. (Abdul Rahim Hilmi Zakaria 14 April 2020)

Kini, apa yang KPT tidak buat untuk pelajar. Hari ini, berlangsung Majlis Pelancaran Pakej Pelan Data dan Peranti kepada pelajar institusi pengajian tinggi. Mohon layari FB KPT, https://www.facebook.com/MOHEOfficial, untuk melihat inisiatif yang dilakukan YBM, jauh lebih besar daripada yang dikritik oleh bekas menteri tersebut. 

Benar ada kelemahan sana sini, maklumlah kita hanya manusia. Tetapi KPT telah melakukan yang terbaik, termasuk segala insentif bagi membolehkan pelajar mendapat perkhidmatan terbaik dalam talian.

Akhirnya, kepada KPT, kuasa telah diberikan, pisau sudah berada di tangan, tunggu apa lagi, tukar strategi don’t rock the boat kepada don't be afraid to rock the boat once in a while; if someone falls out, they obviously weren't meant to be in your boat in the first place.

Begitu juga strategi memukul (memalu) ular dalam benih, ular biar mati, benih jangan rosak atau seperti menarik rambut dalam tepung sudah kurang relevannya dalam dunia politik hari ini.

Kepada mereka yang masih tidak ditamatkan perkhidmatannya, bersyukurlah kamu kerana mendapat menteri yang begitu berhemah dan berhikmah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo