Jangan terpengaruh dengan propaganda licik ultra kiasu
APABILA ada cadangan perlunya ada wakil PAS dilantik menyertai Kabinet kerajaan negeri Sabah, sebagai menghargai keputusan PAS kerana tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, ultra kiasu terus melompat seperti cacing kepanasan.
Mereka mendakwa kononnya PAS adalah parti yang tidak terbuka terhadap kepercayaan lain dan akan mengganggu keharmonian agama dan kaum.
Maaf, saya nak jawab kasar sikit, tidak terbuka dan ganggu keharmonian, ‘kepala otak kau’.
Sekarang inipun, ramai pemimpin PAS berada dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan. Tidak kedengaran pula penindasan dan kezaliman dilakukan kepada orang bukan Islam. Kehidupan beragama berjalan lebih harmoni berbanding dengan ketika PH memerintah.
Pada zaman PH memerintah selama 22 bulan, boleh dikatakan saban hari, ada sahaja isu-isu berkaitan Islam yang dipersendakan. Kalau tidak percaya, tanya Mufti Perlis. Pasti beliau ada jawapan
Tidak sangka-sangka pula, ultra kiasu PBS dan STAR pun terikut-ikut dengan rentak ultra kiasu DAP. Macam senada. Adik beradik rupanya. Patutlah
Saya nak tanya PBS, pernahkah orang PAS di Sabah mengganggu kehidupan bukan Islam di sana? Pernahkah orang PAS turun ke jalan raya menjawikan nama jalan seperti mana yang ultra kiasu DAP lakukan untuk mencinakan nama jalan? Yang saya tahu, orang PAS yang bertugas di Sabah, jauh lebih memahami erti harmoni dan perpaduan, kerana belajar daripada orang Sabah. Sudah tentu orang PAS Sabah jauh lebih memahami.
Satu lagi, sejak Sabah diperintah orang Islam, saya tidak pernah jumpa surau atau masjid dibina setiap satu kilometer, berbanding ketika PBS memerintah. Setiap satu kilometer ada satu gereja. Apa yang berlaku sebenarnya?
Setahu saya, PAS tersangat jarang mencampuri urusan bukan Islam, berbanding ultra kiasu selalu mencampuri urusan agama Islam dalam banyak hal.
Sebut sahaja PAS, kepada ultra kiasu semuanya negatif…
Bila PAS memerintah, negara akan jadi negara taliban
Bila PAS memerintah, keharmonian kaum terjejas
Bila PAS memerintah, bukan Islam akan dianiayai dan dizalimi
Bila PAS memerintah, macam-macam mala petaka akan menimpa bukan Islam.
Ironinya, apa yang ultra kiasu ini tuduh, langsung tidak berlaku dalam bentuk realiti.
Hakikatnya, bila PAS memerintah, bukan Islam dijaga dan mendapat keadilan jauh lebih baik daripada negara asal mereka.
Hakikatnya, bila PAS memerintah, hubungan kaum semakin rapat.
Mana tidaknya, di Kelantan, patung Buddha berdiri setinggi pokok kelapa, jika duduk setinggi menara masjid. Jika baring, bertemu dinding ke dinding. Jadi, mana talibannya?
Dalam kata lain, sejak PAS memerintah Kelantan dan Terengganu, kini Kedah, nasib bukan Islam sentiasa terbela
Di Terengganu, orang India boleh dikira dengan jari, ada juga kuil Hindu. Tidak kurang gereja. Lagi pelik, kerajaan Terengganu turut melantik non muslim sebagai pegawai khas kepada Menteri Besar, daripada kalangan orang India. Sedangkan orang Cina jauh lebih ramai daripada India. Silap-silap suatu hari ini, wakil Bumiputera Sabah Sarawak pun ada.
Tercari-cari saya di mana ekstremnya PAS ini? Berbanding dahulu, PAS kini jauh lebih terbuka. Kadang-kadang keterbukaannya sehingga sukar ditutup.
Jika PAS untuk orang Islam sahaja, sudah lama semua patung-patung Buddha yang tinggi, panjang dan lebar diroboh. Begitu juga dengan kuil dan gereja. Ini tidak, malah diberikan peruntukan. Di negara India sendiri, nak bina kuil kena guna duit sendiri. Di negara kita, kerajaan bantu bina.
Rumah ibadat yang dibina jauh lebih banyak daripada yang langsung tidak diroboh. Jika roboh, ada ganti lagi. Dalam kes Kuil di Subang Jaya, melibatkan arwah Adib, sampai sekarang kuil tersebut masih lagi tidak pindah walaupun tanah ganti telah disediakan. Dua-dua dapat.
Kini, PAS memerintah Kedah, pergi bilang berapa banyak kuil Hindu di Kedah. Begitu juga gereja. Paling kelakar di Sg Petani, jalan lurus menjadi bengkok memberi laluan kepada kuil Hindu. Nak apa lagi. Bayangkan jika surau atau masjid, menghalang jalan awam. Kekal atau roboh? Jawapannya, roboh. Bukan Islam ditatang dalam negara Islam.
Bandingkan dengan negeri Selangor, lagi banyak kuil Hindu. Boleh dikatakan semua berada dalam tanah kerajaan, berbanding persendirian. Saya berjalan-jalan di Sungai Burung, Tanjung Karang, boleh dikatakan tidak ada kuil di tanah persendirian yang diberi oleh kerajaan. Tetapi bila berada di jalan raya, lambakan kuil berada di tanah kerajaan. Nak cakap apa? Ini belum pergi ke negeri Perak lagi.
Justeru, hentikanlah prasangka yang sengaja diada-adakan ini.
Setahu saya, bila PAS memerintah atau parti lain yang dipimpin orang Islam, bukan Islam mendapat lebih apa yang sepatutnya dia dapat. Buddha yang kurang daripada lima peratus di Kelantan, tidak sepatutnya mendapat patung yang tinggi, panjang dan lebar. Tetapi ketinggiannya dan kepanjangannnya, mengalahkan tinggi dan panjangnya masjid surau. Mahu apa lagi. Mana talibannya?
Taliban ini apa? Jika tindakan Taliban merobohkan patung Buddha di Afghanistan, suatu ketika dahulu, mahu dikatakan Taliban ekstrem, pada saya tindakan tidaklah ekstrem, sebab, tidak seorang pun penganut Buddha di sana. Kalau sudah tidak ada penganut, buat apa dengan patung tersebut.
Daripada dahulu saya telah cakap, tetapi sengaja diputar belit ultra kiasu. Bukan Islam tidak perlu bimbang apabila Islam memerintah kerana Islam sama sekali tidak membenarkan penganiayaan atau diskriminasi dilakukan terhadap bukan.
Jika itulah sifat Islam, ekstrem dan menindas, bagaimana agama suci ini dapat berkembang cepat.
Kini, dalam masa 1,400 tahun sahaja, penganut agama Islam, sudah menjadi kedua terbesar dunia, meskipun sebelum itu telah wujud agama (ajaran) yang lebih lama. Kenapa bukan Hindu? Kenapa bukan Buddha?
Jawapan mudah, agama Islam amat meraikan hak-hak bukan Islam. Sebab itu ramai orang masuk Islam. Jika tidak, mana mungkin Islam begitu cepat berkembang, sedang ada agama yang lebih lama usianya. Banding dengan apa yang LTTE lakukan terhadap umat Islam di Sri Lanka. Berapa banyak masjid menjadi mangsa.
Sebab itu, saya minta hentikan mitos, dakwaan dan penghinaan terhadap PAS bila memerintah keharmonian terjejas dan macam-macam lagi.
Saya ingin ingatkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, jangan terpengaruh dengan propaganda licik ultra kiasu.
Ultra kiasu cukup bimbang dengan keterbukaan Islam berprinsip yang dibawa oleh PAS. Mereka cukup bimbang ekonomi atau perniagaan haram mereka yang bertentangan dengan agama dan cara hidup mereka akan terjejas
Jika arak, judi, kelab malam, pelacuran, nombor ekor dan lain-lain aktiviti haram, yang menjadi bisnes utama cepat jadi kaya, yang menjadi isu, ingin saya bertanya, agama atau ajaran apa yang membenarkan aktiviti-aktiviti ini. Kristian? Hindu? Buddha? Atau apa?
Tidak ada satupun agama atau ajaran yang membenarkan semua aktiviti haram ini. Jika ada agama atau ajaran yang kata, aktiviti yang sebut tadi itu dibolehkan oleh agamanya, saya nak beritahu, hina sungguh agama atau ajaran kamu. Tak layak langsung agama itu dipanggil agama, atau ajaran. Lebih baik kamu tinggalkan cepat agama atau ajaran tersebut.
Apa yang ingin saya sampaikan adalah, semua agama atau ajaran mengajar kita semua menjadi baik. Tidak ada agama atau ajaran yang mengajar kita berbuat jahat atau kemungkaran.
Justeru, apa yang kamu ingin pertahankan ultra kiasu? Kamu sengaja timbulkan rasa tidak senang terhadap PAS. Sebenarnya, yang menyebabkan tidak keruan dan ketidakharmonian, bukan PAS tetapi adalah ultra kiasu.
Kerajaan minta hentikan operasi kelab malam ketika wabak COVID-19, kamu degil. Terus buka, untuk dapat duit mudah. Bila ada operasi, kamu kena tangkap. Inilah yang kamu paling takutkan? Siapa yang hina sebenarnya? PAS mesti saman ultra kiasu ini.
Ridhuan Tee Abdullah
No comments
Post a Comment