NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akan Diam Sajakah Kita Bila Institusi Beraja Dihina Dan Diseru Supaya Dihapuskan?


oleh: Dr Kamarul

Ia bermula daripada komen Dr Bridget Welsh dalam kolum SCMP bertajuk “This Week in Asia” tulisan Bhavan Jaipragas berbunyi “kelembapan dan keengganan Yang di-Pertuan Agong untuk menemui pihak-pihak yang terlibat dalam satu krisis politik membayangkan bahawa dia memihak kepada status quo, Muhyiddin”. (“The king’s delays and refusal to meet sides in the midst of a political crisis suggests that he favours the status quo, Muhyiddin”.)

Ia dipanjangkan pula oleh komen Mariam Mokhtar dalam Facebook beliau berbunyi “Bila dibandingkan Februari dan sekarang, tentulah dia (Yang di-Pertuan Agong) memihak. Dia bertindak dengan laju Februari lalu…kali ini, covid lah, sakit perut lah (IJN?), MCO lah, auta lah.” (“When comparing then (February and now), of course he is taking sides. He acted with speed last February....this time round, covid lah, sakit perut lah (IJN?), MCO lah, auta lah.”)

Ia dipanjangkan lagi oleh komen-komen menghina dan mempersoalkan kedudukan Raja-Raja dalam Facebook Mariam Mokhtar, termasuk komen seorang bernama Edwin Mj berbunyi “Mungkin kita perlu menghapuskan mereka (Raja-Raja).” (“Maybe we should do away with them!”)

Kecenderungan bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja adalah “kecenderungan menghasut” yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Kecenderungan bagi mempersoalkan kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja seperti yang termaktub di dalam Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan juga adalah “kecenderungan menghasut”.

Semoga ada warganegara yang patuh kepada undang-undang dan yang cintakan institusi beraja dapat membuat laporan terhadap mereka yang berkenaan bagi membolehkan siasatan segera dapat dilakukan.

Komen Mariam Mokhtar dan Edwin Mj boleh dibaca di sini: https://facebook.com/story.php?story_fbid=2787654464843745&id=100007976565598

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo