NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zamburger beli Team Red Warriors RM6.8 juta


Bola sepak jelas sukan yang merentasi sempadan apabila bukan anak jati, tetapi sebaliknya ‘orang luar’, Norizam Tukiman yang menjadi 'hero' untuk menyelamatkan masa depan dan bola sepak Kelantan.Anak jati Johor yang lebih dikenali sebagai Zamsaham itu kini sah menjadi ‘bos baharu’ pasukan jaguh Pantai Timur itu selepas melabur RM6.8 juta untuk memiliki sepenuhnya saham dalam Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd.

Kota Bharu : Baki saingan Liga Perdana musim ini bertambah menarik apabila pasukan Kelantan kini sah menjadi milik anak jati Johor, Norizam Tukiman atau Zambuger.

Norizam yang juga usahawan dan pakar pelaburan daripada Senai, Johor membeli pasukan itu dengan harga RM6.8 juta menjadikan beliau pemilik sepenuhnya saham syarikat Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd.

Beliau berkata, tumpuan pertama akan diberikan kepada prestasi dan infrastruktur kepada pemain dalam usaha mengembalikan keyakinan peminat bola sepak negeri ini.

"Saya akan fokuskan kepada isu pelesenan untuk pastikan kita selesaikan segala gaji pemain, kita bayar RM3 juta dan RM3.8 juta sehingga hujung tahun ini untuk KAFA selesaikan hutang.

"KPI yang saya letakkan kepada pasukan seri adalah kalah, kemenangan itu harus, kita nak pemain fokus jangan lagi fikir pasal masalah gaji, bermain dengan baik jangan hampakan peminat," katanya pada sidang media Majlis Penswastaan Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC di Hotel Perdana, hari ini.

Norizam berkata, dia memberi tempoh tiga hingga lima tahun bagi proses menggilap pasukan Kelantan dan menyasarkan pulangan saham TRW mampu mencapai RM500,000 hingga satu bilion.

Katanya, walaupun dia menanggung risiko membeli Kelantan dengan terpaksa menjual beberapa aset syarikatnya dan ditambah tiada penjualan tiket ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini namun dia optimis demi membantu Kelantan.

"Saya seorang pelabur, saya dah melabur 20 tahun. Saya tidak melabur hari ini untung keuntungan hari esok, sebaliknya saya beri keutamaan kepada peminat dan nak pasukan sentiasa menang.

"Saya juga nasihatkan pemain, jangan jual permainan kepada bookie, saya harapkan doa semua supaya dapat kembalikan kegemilangan Kelantan dan di masa akan datang, saya juga akan berikan saham kepada pemain kalau dia betul-betul perform (main dengan baik) sebagai penghargaan dan tak hanya bergantung kepada gaji semata-mata," katanya.

Norizam berkata, dia juga akan mengekalkan nama dan pengurusan TRW buat masa ini.

Dalam majlis itu, Norizam menerima Perjanjian Pemilikan Penuh Syarikat TRW Sdn Bhd yang turut dihadiri Presiden KAFA, Datuk Shaari Mat Hussin dan Timbalannya, Datuk Seri Afandi Hamzah serta pemain TRW.

Majlis turut menyerahkan bayaran gaji kepada jurulatih, pegawai dan pemain berjumlah RM370,000.

Sementara itu, Afandi berkata, kesanggupan Norizam memberi sinar baru kepada pasukan TRW.

Katanya, dengan pemilikan itu, Norizam akan mengemudi sepenuhnya TRW dan KAFA akan bertindak mengurus pembangunan peringkat akar umbi dan pasukan Piala Presiden dan Piala Belia.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo