NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TYT minta tempoh putuskan siapa Ketua Menteri Sabah

YANG di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. FOTO Arkib NSTP


Kota Kinabalu: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin meminta tempoh untuk membuat keputusan siapa akan diangkat sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Perkembangan terbaharu itu dikongsi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas selesai bertemu Juhar.

"Dia (Juhar) minta tempoh... secepat mungkin, tidak lama lagi," katanya ketika ditemui selepas bertemu Juhar di Istana Negeri, di sini, hari ini.

Selain Bung Moktar, pertemuan dihadiri empat pemimpin utama Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Sementara itu, Hajiji juga memaklumkan perkara sama yang mana isu perlantikan Ketua Menteri diserahkan kepada Juhar. - SH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo