Terdapat 7 sebab kenapa manusia berdegil dan tidak mahu mengikut kebenaran walaupun kebanyakan mereka telah mengetahuinya.
1- Sombong
Penyakit merasa diri hebat, ego dan tidak mahu menerima pandangan orang lain merupakan penyakit iblis. Biarpun tahu kebenaran, tetapi menolaknya disebabkan penyakit sombong ini. Suka orang mendengar kata-katanya, tetapi tidak suka mendengar pandangan orang lain.
2- Tertipu dengan nafsu dan dunia
Selesa dengan cara hidup yang sedia ada dan ketagih dengan maksiat menyebabkan mereka tidak mahu untuk berubah biarpun diberitahu kesalahan yang dilakukan.
3- Menunggu bukti untuk percaya
Sikap menunggu bukti untuk mempercayai sesuatu merupakan perkara yang bertentangan dengan logik seperti ateis yang ingin melihat tuhan terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Dalam Islam banyak perkara yang memerlukan kepada kepercayaan sebagai ujian kepada keimanan seperti mendapat pahala dalam bersedekah.
4- Dengki
Penyakit tidak boleh orang lain mengatasinya dan tidak berpuas hati dengan orang lain termasuklah dendam – semua itu membutakan kebenaran. Pendengki ini biasanya terdiri dari orang yang terdekat seperti jiran, adik beradik, rakan sekerja dan lain2.
5- Malas
Berpegang dengan kebenaran memerlukan komitmen dan tenaga termasuklah bayaran. Orang yang malas untuk memberikan komitmen, tidak mahu menyahut seruan kebenaran.
6- Takut ancaman
Berbicara tentang kebenaran dan melaksanakannya dalam banyak keadaan berhadapan dengan ancaman. Ada yang tidak naik pangkat, dipindahkan tempat kerja, dihalau malahan diancam mati
7- Belum sampai masanya
Ada yang belum faham disebabkan faktor masa yang belum sesuai untuk dia memahaminya. Usia remaja mungkin belum faham topik perbincangan orang dewasa. Orang asli mungkin susah untuk menerima cara hidup orang di bandar. Mungkin suatu masa nanti mereka akan faham.
Para Rasul memperjuangkan kebenaran, tetapi mereka ditentang hingga ada yang dihalau dan dibunuh. Itulah resam kepada perjuangan menegakkan kebenaran.
Bertabahlah pejuang kebenaran sekalian. Orang tidak terima kebenaran itu perkara biasa.
Allah berfirman:
Zc Sesungguhnya engkau boleh memberi ingatan kepada mereka yang telah sedia mengikuti al-Quran dan takut kepada Allah. (Yasin: 11)
#Liberalisme
#50SoalJawab
#SoalJawabLiberalisme
No comments
Post a Comment