NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada keperluan Kelantan bubar Dun


MACHANG: Berdasar kaedah biasa tidak ada keperluan kerajaan Kelantan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, apa yang berlaku isu kestabilan di peringkat parlimen.

“Pandangan saya kemungkinan besar hanya pilihan raya di peringkat parlimen sahaja. Keperluan mengadakan pilihan raya sekarang hanya melibatkan parlimen.

“Bagi saya parlimen sahaja. Jadi tidak ada keperluan kenapa Dun hendak dibubarkan dalam suasana kita masih stabil, tidak bermasalah dalam gabungan Perikatan Nasional.

“Lagi pun di Dun Kelantan sekarang tidak ada pembangkang. Lebih baik dengan keadaan kita sekarang,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja membaiki kerosakan paip di Merbau Chondong hari ini.

Hadir sama pada lawatan itu anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Sr. Azami Mohd Nor dan Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd Dato’ Ir Dr Azuhan Mohamed.

Sebelum ini banyak pihak mencadangkan parlimen dibubarkan bagi membolehkan kerajaan mendapat mandat baharu rakyat.

Kerajaan Perikatan Nasional mentadbir Putrajaya sekarang dengan sokongan 113 berbanding pembangkang 109. – HARAKAHDAILY 2/9/2020




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo