NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siti Kasim Mengaku Liberal, Mencabar JAKIM

1. Apabila JAKIM mengisytiharkan bahawa pemikiran Liberal adalah pemikiran yang rosak, Siti Kasim segera memberikan respon dengan mendakwa bahawa dia adalah seorang yang berfahaman Liberal. Kalau sebelum ini JAIS telah mewartakan Liberal sebagai pemikiran sesat dan menyeleweng, kumpulan Liberal tidak segan silu untuk mengaku berfahaman sesat sebegini.
2. Siti Kasim telah banyak memberikan kenyataan berkaitan Islam dan umatnya. Berikut adalah antara perkara yang pernah direkodkan berhubung kenyataan Siti Kasim yang berkaitan tentang agama Islam:
3. “Tuhan terhasil dari getaran.” Pada 12 April 2017, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi berkata pihak JAKIM akan memanggil Siti Kasim terhadap kenyataan beliau yang mengelirukan berhubung asal usul Tuhan.
4. “Ibadah Korban Perbuatan Tidak Bermoral.” Pada 1 September 2017, Siti Kasim melalui laman facebooknya mengeluarkan kenyataan bahawa Ibadah korban adalah perbuatan yang tidak bermoral. Kenyataan ini menyebabkan pihak Mufti Wilayah mengeluarkan kenyataan balas berhubung Ibadah korban ini.
5. “Mimpi Nabi Ibrahim Bukan dari Allah.” Setelah dikritik banyak pihak, Siti Kasim pada 10 September 2017 mengeluarkan kenyataan balas dengan menafsirkan semula Surah Saffat ayat 102-105 yang berkaitan Ibadah korban. Menurut Siti Kasim tidak mungkin Allah mengeluarkan arahan kepada Nabi Ibrahim supaya membunuh anak sendiri. Yang mengarahkan kejahatan hanyalah syaitan.
6. Siti Kasim juga mencadangkan agar JAKIM dibubarkan. Pada 1 Februari 2018, Siti Kasim mencadangkan supaya JAKIM dibubarkan.
7. Sekiranya Jakim dikekalkan Siti Kasim mencadangkan supaya bantuan kepada Maahad Tahfiz dihentikan.
9. Pada tahun 2019, Siti Kasim turut pernah seakan mengaitkan Solat Sunat Gerhana yang dilakukan oleh Rasulullah sebagai sebahagian daripada amalan pagan.
10. Begitulah antara pandangan Siti Kasim berhubung perkara yang melibatkan Islam dan umat Islam. Kesesatan pemikiran Liberal dibimbangi merosakkan pemikiran anak muda tentang agama dan menjauhkan mereka dari Islam.
Moga Allah memberikan hidayah buat kita semua.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo