NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SEKILAS FAKTA PRN SABAH

• Pilihan raya ini mencatat 66.61% keluar mengundi.

• ‎38 kerusi DUN dimenangi GRS, manakala 32 Warisan Plus, sementara Bebas 3.

• ‎Buat pertama kali BERSATU, STAR dan SAPP bertanding di bawah satu logo, berjaya memenangi kira-kira 59 peratus kerusi ditandingi, iaitu 17 daripada 29 kerusi.

• GRS kuasai 9 daripada 13 kerusi Dun baharu iaitu BN 5, manakala PN memenangi 3 kerusi dan PBS 1 kerusi, ia termasuk DUN Lamag yang dimenangi Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin.

• ‎Antara nama besar yang tewas :
° Bekas Ketua Menteri, Chong Kah Kiat (DUN Inanam).
° Presiden UPKO merangkap Mantan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (DUN Kiulu).
° Ketua Umum USNO merangkap Mantan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (DUN Pintasan)
° Presiden PCS merangkap Mantan Menteri Luar, Anifah Aman (DUN Bongawan)

• PN-SAPP yang bertanding di dua kerusi - Tanjong Papat dan Luyang gagal memenangi sebarang kerusi.

• ‎BN-MCA yang bertanding di empat kerusi - Kapayan, Elopura, Karamunting dan Likas gagal memenangi sebarang kerusi.

• ‎BN-PBRS  yang bertanding Mattunggong, Tandek, Kadamaian, Tulid dan Sook, gagal memenangi sebarang kerusi.

• ‎Parti-parti lain yang gagal memenangi sebarang kerusi termasuk PCS (tanding 73), USNO (tanding 47), LDP (tanding 46), PPRS (tanding 24) dan PAN (tanding 1).

• ‎Tiga calon Bebas menang, termasuk Masiung Banah pertahan kerusi DUN Kuamut.

• ‎Terdapat lapan calon bebas yang tewas, namun tidak kehilangan wang deposit iaitu termasuk DUN Inanam, Kenny Chua Teck Ho (2,346 undi); Labuk, Abdul Rahman Kongkawang (1,441 undi), Gum-Gum, Yunus Nurdin (1,690 undi) dan Sukau, Saddi Abdu Rahman dengan 1,228 undi.

• ‎43 calon bebas pula tewas dan hilang wang deposit, termasuk penyanyi Jimmy Palikat dengan 60 undi di DUN Tambunan.

-----

Catatan :
Taman Indah Jaya, Sandakan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo