Wira LHD yang dimiliki oleh seorang warga Malaysia yang bertugas di sana pada ketika itu, malangnya tidak dibawa pulang ke sini. Namun ada satu cerita menarik mengenai Wira LHD yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook yang bernama Nazreen Rosli. Dia yang merupakan anak kepada pemilik kereta tersebut berkata, bapanya telah membeli Wira LHD itu semasa bertugas di Vietnam dalam tahun 90an.
Katanya, kereta itu telah diimport untuk berkhidmat di Virginia dan ia mungkin satu-satunya kereta Proton Wira LHD yang pernah ‘menjejakkan tayarnya’ di negara tersebut. Dia juga masih ingat satu ketika dia terpaksa memakai beberapa helai baju panas (sweater) yang dilapik dengan jaket tebal, gara-gara kereta itu tidak mempunyai alat pemanas, namun kereta itu menjalankan tugasnya dengan baik.
Nazreen juga tidak pasti sama ada enjin 1.5 liter yang digunakan oleh Wira LHD itu adalah dari versi 4G15 atau 4G91, tetapi menurutnya kereta tersebut dihantar ke pusat servis Mitsubishi memandangkan sebahagian besar alat ganti dan komponennya berkongsi dengan model jenama itu. Tambah Nazreen lagi, bapanya masih ingat dan rasa begitu bangga apabila ramai warga Amerika bertanya mengenai kereta itu kerana mereka belum pernah melihatnya.
Foto kredit Hye RiTs
Sumber : funtasticko.net
No comments
Post a Comment