MESEJ di atas mula tersebar dalam media sosial. Apakah sudah ada angin-angin “satu revolusi” akan berlaku dalam UMNO?
ZAHID sudah menderhaka kepada UMNO apabila membuat kenyataan gerakan menyokong Anwar!
Nyahkan ZAHID!
#duridalamdaging
#guntingdalamlipatan
#nakselamattengkuksendiri”
Benar, walaupun kepemimpinan UMNO masih diterajui oleh orang-orang yang imej mereka sudah rosak, namun barisan MTnya masih berdiam diri.
Mereka seolah-olah “malu” untuk menegur atau mencuit, atau berkata-kata secara berdepan. Namun, di belakang ada yang melahirkan rasa tak puas hati yang amat sangat.
Mereka mahukan perubahan. Mereka mahu UMNO yang baharu. Wajah baharu. Nafas baharu.
Imej buruk harus dibersihkan. Sehinggakan ada gerakan sebelum ini yang mahu menawarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden UMNO (Baharu), tanpa syarat.
Mereka tahu ada orang-orang itu menemui Muhyiddin untuk menyelamatkan tengkuk daripada pertuduhan yang sedang mereka hadapi.
Yang pasti mereka amat marah dengan tindakan orang-orang itu — walaupun mereka bersahabat baik.
Tun Mahathir Mohamad juga sedang memerhati. Darah dalam dirinya masih menyala darah UMNO. Sudah tentu bukan UMNO sekarang (yang amat beliau benci), tetapi UMNO semasa zaman beliau dulu. Tun juga di dalam hatinya mahukan UMNO yang baharu.
Beliau mungkin setuju jika berlakunya revolusi dalam parti itu — dan berlaku perubahan mutlak pada parti itu. Maka itu para pemimpin muda, serta pemimpin berwajah baharu dalam UMNO, bersiap-sedialah. Itulah peluang anda.
Apa yang dilakukan oleh Zahid Hamidi yang membuat kenyataan menyokong Anwar Ibrahim itu dilihat cukup janggal. Apakah beliau tidak sedar bahawa gagasan AI itu mustahil dilakukan tanpa sokongan DAP dan Sarawak.
Adakah DAP sanggup bersekongkol dengan Zahid dan Najib Tun Razak?
Kenyataan Zahid itu sudah menjerat lehernya sendiri.
Yang menyepi diri dalam UMNO kini sudah mula bersuara. Mereka cukup marah dengan perbuatan Zahid itu. Satu kenyatan “gila” kata mereka. Malah mereka mahu keputusan mahkamah dipercepatkan.
Ada yang sudah berkata “Api dalam sekam… tunggu masa sahaja”.
Derhaka itu satu istilah yang berat. Maka, gerakan revolusi dalam UMNO tidak boleh dielakkan…
No comments
Post a Comment