Pengundi pilih 'tak menyintai' Parti Cinta Sabah
BONGAWAN : Presiden Parti Cinta Sabah Anifah Aman gagal dalam cubaannya di kerusi Bongawan.
Menurut keputusan rasmi, kerusi itu dimenangi calon Warisan Daud Yusof yang mendapat 5,400 undi, diikuti Anifah dengan 3,598 undi dan calon Umno-BN AG Syairin yang memperolehi 3,548.
Calon Parti Liberal Demokrat Mohd Azree Abd Ghani berada di tempat tercorot dengan 232 undi. Azree kehilangan wang deposit.
Kadar keluar mengundi di Bongawan adalah 77.84 peratus.
No comments
Post a Comment