Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberikan cadangan agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan sebanyak RM200 dan RM300 kepada rakyat Malaysia dinaikkan kepada RM1,000.
Cadangan tersebut bakal dikemukakan sendiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada mesyuarat jemaah menteri yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.
Tan Sri Muhyiddin berkata bahawa dia sangat sedih dengan nasib golongan tersebut walaupun negara kita sudah lama merdeka dan usaha untuk membantu golongan B40 adalah merupakan aspirasi kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang telah dilakukan di bawah pimpinannya.
Sebelum permohonan tersebut diluluskan, sila pastikan bahawa anda semua telah melakukan permohonan di eBantuanJKM.
PENGENALAN
Perkhidmatan Bantuan Kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang layak bagi tujuan untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna seperti masyarakat lainnya.
Secara prinsipnya, dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat pihak kerajaan Malaysia tidak akan sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai salah satu alat dalam proses menolong para klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian yang merupakan kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira segala potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN

- Untuk memenuhi keperluan asas bagi meringankan beban golongan tertentu.
- Sebagai alat sokongan sosial untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah lebih berdikari dan mengurangkan tahap kebergantungan.
- Sebagai alat pemulihan agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat .
- Sumber kewangan sementara penerima bantuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN
Semua permohonan yang dibuat haruslah memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:
- Bantuan Kanak-Kanak
- Elaun Pekerja Cacat
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar
- Bantuan Orang Tua
- Bantuan Am Persekutuan
- Bantuan Anak Pelihara
- Bantuan Latihan Perantis
- Bantuan Geran Pelancaran
- Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan
- Tabung Bantuan Segera
CARA MELAKUKAN PERMOHONAN BARU
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat diperingkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasiatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada semua pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan kad pengenalan diri pemohon, salinan kad pengenalan suami /isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada) serta dokumen-dokumen lain yang diperlukan.
eBantuanJKM
Klik : http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=NzFHMnJLSWxoQytmM3RscmUvMVdWZz09
Borang yang berkaitan:
JKM 18 (Borang Pemohonan Online) - Klik Di Sini
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 - Klik Di Sini

No comments
Post a Comment