PENDAHULUAN
Negara Madinah Al-Munawwarah semakin stabil pentadbiran politiknya setelah ditadbir oleh Rasulullah S.A.W. Terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam terdiri daripada suku kaum Aus dan Khazraj digelar sebagai Ansar dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Mekah digelar Muhajirin. Orang-orang Yahudi di Madinah ketika itu mempunyai banyak kumpulan antara yang terbesar ialah Yahudi Bani Qainuqa’, Quraizhah dan Nadhir.
Sebelum ketibaan Rasulullah S.A.W, orang-orang Ansar daripada suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa bergaduh dan berperang sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Untuk mententeramkan keadaan gawat serta mensejahterakan kedudukan Madinah sebagai sebuah Negara berdaulat, Rasulullah S.A.W membuat perjanjian dengan seluruh penduduk di Madinah dan menulis satu piagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Shahifah Madinah.
DASAR KEUTAMAAN PIAGAM
Piagam Madinah merupakan undang-undang tertinggi di Madinah yang meletakkan wahyu Allah S.W.T sebagai dasar rujukan dalam semua aspek. Terdapat dasar umum yang ditetapkan oleh piagam iaitu:
1)Wahyu Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W merupakan sumber utama undang-undang Negara. Hal ini sebagaimana dalam Fasal 23 ;
ŁŲ£ŁŁŁ
Ł
ŁŁ
Ų§ Ų§Ų®ŲŖŁŁŲŖŁ
ŁŁŁ Ł
Ł Ų“ŁŲ” ŁŲ„Ł Ł
Ų±ŲÆŁ Ų„ŁŁ Ų§ŁŁŁ Ų¹Ų²ŁŲ¬Ł ŁŲ„ŁŁ Ł
ŲŁ
ŲÆ ŲµŁŁ Ų§ŁŁŁ Ų¹ŁŁŁ ŁŲ³ŁŁ
“Bahawa apabila berlaku perselisihan diantara kamu terhadap sesuatu masalah hendaklah kembali kepada Allah dan kepada Nabi Muhammad S.A.W”
2)Rasulullah S.A.W sebagai Ketua Negara Madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati sebagaimana peruntukan dalam Fasal 23. Segala masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimanapun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah kaum mereka secara yang difikirkan berpatutan;
3)Seluruh penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak terpengaruh dengan apa-apa unsur yang tidak baik daripada luar sebagaimana dinyatakan dalam Fasal 1 dan Fasal 2;
ŁŲ°Ų§ ŁŲŖŲ§ŲØ Ł
Ł Ł
ŲŁ
ŲÆ Ų§ŁŁŲØŁ ŲØŁŁ Ų§ŁŁ
Ų¤Ł
ŁŁŁ ŁŲ§ŁŁ
Ų³ŁŁ
ŁŁ Ł
Ł ŁŲ±ŁŲ“ ŁŲ£ŁŁ ŁŲ«Ų±ŲØ ŁŁ
Ł ŲŖŲØŲ¹ŁŁ
ŁŁŲŁ ŲØŁŁ
ŁŲ¬Ų§ŁŲÆ Ł
Ų¹ŁŁ
“Inilah piagam bertulis dari Muhammad (Nabi) antara orang-orang mukmin dan muslimin kalangan Quraisy dan ahli Yathrib serta orang-orang yang mengikuti mereka, mempersatukan diri dan berjuang bersama-sama mereka”
Fasal 2 ada menyebut:
Ų£ŁŁŁ
Ų£Ł
Ų© ŁŲ§ŲŲÆŲ© Ł
Ł ŲÆŁŁ Ų§ŁŁŲ§Ų³
“Bahawa mereka adalah satu umat, bebas daripada mana-mana pengaruh dan kekuasaan orang lain”
4)Seluruh penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing-masing, dan tiada gangguan serta paksaan dalam hal keagamaan sebagaimana dalam nas Sahifah Fasal 25;
ŁŲ£Ł ŁŁŁŲÆ ŲØŁŁ Ų¹ŁŁ Ų£Ł
Ų© Ł
Ų¹ Ų§ŁŁ
Ų¤Ł
ŁŁŁ ŁŁŁŁŁŲÆ ŲÆŁŁŁŁ
ŁŁŁŁ
Ų³ŁŁ
ŁŁ ŲÆŁŁŁŁ
“Bahawa orang-orang Yahudi Bani Auf adalah satu umat dengan orang-orang mukmin. Bagi penganut Yahudi mengamalkan agama mereka dan bagi penganut Islam beramal dengan agama mereka”
5)Keselamatan penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut. Sekiranya ada pengkhianatan maka tindakan undang-undang akan diambil sebagaimana dinyatakan dalam Fasal 22 ;
ŁŲ£ŁŁ ŁŲ§ ŁŲŁ ŁŁ
Ų¤Ł
Ł Ų£ŁŲ± ŲØŁ
Ų§ ŁŁ ŁŲ°Ł Ų§ŁŲµŲŁŁŲ© ŁŲ¢Ł
Ł ŲØŲ§ŁŁŁ ŁŲ§ŁŁŁŁ
Ų§ŁŲ¢Ų®Ų± Ų£Ł ŁŁŲµŲ± Ł
ŲŲÆŲ«Ų§ Ų£Ł ŁŲ¤ŁŁŁ ŁŲ£Ł Ł
Ł ŁŲµŲ±Ł Ų£Ł Ų¢ŁŲ§Ł ŁŲ„Ł Ų¹ŁŁŁ ŁŲ¹ŁŲ© Ų§ŁŁŁ ŁŲŗŲ¶ŲØŁ ŁŁŁ
Ų§ŁŁŁŲ§Ł
Ų© ŁŁŲ§ ŁŲ¤Ų®Ų° Ł
ŁŁ ŲµŲ±Ł Ų£Ł Ų¹ŲÆŁ
“Bahawa seseorang yang beriman yang telah mengakui isi piagam ini dan percaya kepada Allah dan hari kiamat, tidak dibenarkan membantu pelaku kejahatan atau membelanya. Bahawa barangsiapa yang membantu serta melindunginya, dia akan mendapat kutukan dan kemurkaan Allah pada hari kiamat dan tidak ada sesuatu tebusan atau pengadilan sewajarnya yang dapat diterima”
AGENDA PENYATUAN UMMAH MELALUI PIAGAM
Menariknya, Piagam Madinah telah menempatkan non muslim sebagai komuniti yang diberi jaminan keamanan dan keselamatan dalam sebuah Negara Islam. Mereka diiktiraf sebagai rakyat Madinah yang mempunyai hak yang sama dengan orang Islam. Mereka bebas mengamalkan agama dan menjalankan adat resam tanpa menganggu ketenteraman dan kemuliaan Islam sebagai agama negara. Bahkan Piagam Madinah sangat mengutamakan penyatuan ummah dan menggesa agar penduduk saling hidup tolong-menolong dalam perkara kebaikan sekalipun berbeza anutan agama. Antara beberapa peruntukan dalam perlembagaan Madinah yang menyatakan wajibnya masyarakat Madinah hidup bertaawun antara satu sama lain:
Fasal 15 Perlembagaan Madinah:
ŁŲ£Ł Ų°Ł
Ų© Ų§ŁŁŁ ŁŲ§ŲŲÆŲ© ŁŲ¬ŁŲ± Ų¹ŁŁŁŁ
Ų£ŲÆŁŲ§ŁŁ
ŁŲ£Ł Ų§ŁŁ
Ų¤Ł
ŁŁŁ ŲØŲ¹Ų¶ŁŁ
Ł
ŁŲ§ŁŁ ŲØŲ¹Ų¶ ŲÆŁŁ Ų§ŁŁŲ§Ų³
“Bahawa jaminan Allah itu satu, Dia melindungi yang lemah antara mereka. Bahawa orang-orang yang beriman itu hendaklah saling tolong-menolong antara satu sama lain tanpa dipengaruhi orang lain”
Sementara dalam Fasal 45 dinyatakan secara jelas agar umat Islam hendaklah memberi keutamaan dalam membentuk muwafakat dan penyatuan walaupun sebelum ini mereka yang menuntut muwafakat adalah musuh.
ŁŲ£ŁŁŁ
Ų„Ų°Ų§ ŲÆŲ¹ŁŲ§ Ų„ŁŁ ŲµŁŲ ŁŲµŲ§ŁŲŁŁŁ ŁŁŁŲØŲ³ŁŁŁ ŁŲ„ŁŁŁ
ŁŲµŲ§ŁŲŁŁŁ ŁŁŁŲØŲ³ŁŁŁ ŁŲ£ŁŁŁ
Ų„Ų°Ų§ ŲÆŲ¹ŁŲ§ Ų„ŁŁ Ł
Ų«Ł Ų°ŁŁ ŁŲ„Ł ŁŁŁ
Ų¹ŁŁ Ų§ŁŁ
Ų¤Ł
ŁŁŁ Ų„ŁŲ§ Ł
Ł ŲŲ§Ų±ŲØ ŁŁ Ų§ŁŲÆŁŁ
“Bahawa apabila mereka diajak berdamai yang dapat menjalinkan perdamaian dan mententeramkan suasana, maka orang-orang yang beriman wajib menyambutnya untuk berdamai serta mententeramkan suasana kecuali orang-orang yang memerangi agama”
Konsep Ta’aawun Siyasi yang dicernakan dizaman Rasulullah S.A.W adalah dasar yang membentuk kesatuan dan mengelakkan perpecahan sesama sendiri bagi memudahkan laluan untuk menegakkan hukum Allah. Oleh kerana itulah para ulama mengharamkan perpecahan yang berlaku akibat kerakusan nafsu dan pemikiran manusia yang tidak merujuk kepada nas agama. Dalam Fatwa Lajnah Al-Dai’mah dinyatakan:
ŁŁ ŁŲ±ŁŲ© Ł
Ł ŁŲ¤ŁŲ§Ų” ŁŁŁŲ§ Ų®Ų·Ų£ ŁŲµŁŲ§ŲØ، ŁŲ¹ŁŁŁ ŲØŲ§ŁŲŖŲ¹Ų§ŁŁ Ł
Ų¹ŁŲ§ ŁŁŁ
Ų§ Ų¹ŁŲÆŁŲ§ Ł
Ł Ų§ŁŲµŁŲ§ŲØ، ŁŲ§Ų¬ŲŖŁŲ§ŲØ Ł
Ų§ ŁŁŲ¹ŲŖ ŁŁŁ Ł
Ł Ų£Ų®Ų·Ų§Ų” ، Ł
Ų¹ Ų§ŁŲŖŁŲ§ŲµŲ، ŁŲ§ŁŲŖŲ¹Ų§ŁŁ Ų¹ŁŁ Ų§ŁŲØŲ± ŁŲ§ŁŲŖŁŁŁ
“Setiap kelompok manusia itu pada mengemukakan agenda mereka adanya kesilapan dan ada yang betul. Maka hendaklah kamu saling tolong-menolong bersama kelompok mereka jika ada agenda kebenaran yang dibawa. Dan hendaklah dijauhi daripada segala kesalahan dengan mengemukakan nasihat dan saling tolong-menolong diatas kebaikan dan takwa”
Islam menyuruh umatnya melakukan ta’aawun dalam perkara Birr dan Taqwa. Dalam Tafsir Zhilal Al-Quran, Al-Birr membawa makna segala perbuatan yang baik. Sementara dalam Tafsir Al-Alusi bermaksud; semua perkara baik yang membawa kepada ketaatan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam mentafsirkan ayat 2 Surah Al-Maidah, berkata Imam Ibnu Kathir:
ŁŲ£Ł
Ų± Ų§ŁŁŁ ŲŖŲ¹Ų§ŁŁ Ų¹ŲØŲ§ŲÆŁ Ų§ŁŁ
Ų¤Ł
ŁŁŁ ŲØŲ§ŁŁ
Ų¹Ų§ŁŁŲ© Ų¹ŁŁ ŁŲ¹Ł Ų§ŁŲ®ŁŲ±Ų§ŲŖ ŁŁŁ Ų§ŁŲØŲ± ، ŁŲŖŲ±Ł Ų§ŁŁ
ŁŁŲ±Ų§ŲŖ ŁŁŁ Ų§ŁŲŖŁŁŁ ، ŁŁŁŁŲ§ŁŁ
Ų¹Ł Ų§ŁŲŖŁŲ§ŲµŲ± Ų¹ŁŁ Ų§ŁŲØŲ§Ų·Ł ŁŲ§ŁŲŖŲ¹Ų§ŁŁ Ų¹ŁŁ Ų§ŁŁ
Ų¢Ų«Ł
ŁŲ§ŁŁ
ŲŲ§Ų±Ł
“Allah SWT menyuruh hamba-Nya dikalangan orang beriman agar sentiasa bantu membantu melaksanakan agenda kebaikan iaitulah al-Birr disamping meninggalkan perkara mungkar iaitu dinamakan takwa. Allah juga melarang mereka dari memberi pertolongan dalam perkara batil dan berta’aawun diatas agenda yang membawa dosa dan perkara haram”. (Tafsir Ibnu Kathir)
Ulama kontemporari yang dianggap sebagai mufassir bertaraf mujtahid iaitu Imam Sya’rawi pula ada mentafsirkan ayat Ta’aawun ini dengan katanya:
ŁŲ°Ł Ų§ŁŲ¢ŁŲ© ŲŖŲ¬Ų¹Ł ŁŲ¶ŁŲ© Ų§ŁŲ„ŁŁ
Ų§Ł ŁŲ¶ŁŲ© Ų¹Ų§ŁŁ
ŁŲ© ŁŁŁŁ
Ų© ŲŖŲ¹Ų§ŁŁ Ų¹ŁŁ ŁŲ²Ł ŲŖŁŲ§Ų¹Ł ŁŲ§ŁŲŖŁŲ§Ų¹Ł ŁŲ£ŲŖŁ Ł
Ł Ų§Ų«ŁŁŁ Ł
Ų«Ł ŲŖŲ“Ų§Ų±Ł Ų£Ł ŲŖŁŲ§ŲŖŁ ، ŁŁŁ Ų£Ł
Ų± ŁŁŁ Ų¬Ł
Ų§Ų¹Ų© Ų£Ł ŲŖŲŖŲ¹Ų§ŁŁ Ų¹ŁŁ Ų§ŁŲ®ŁŲ±، ŁŁŁŲ¹ŁŁ
ŁŁ Ų„ŁŲ³Ų§Ł Ų£Ł Ų§ŁŲÆŁŁ Ų·ŁŲØ Ł
ŁŲ§ Ų£Ł ŲŖŁŁŁ ŁŁ ŲŁŲ§ŲŖŁŲ§ ŁŁŲ®ŁŲ± ....ŁŁŲÆ Ų¬Ų§Ų” Ų§ŁŲŖŲ¹ŲØŁŲ± Ų¹ŁŁ ŲØŲµŁŲŗŲ© Ų§ŁŲ£Ł
Ų± ŁŲ°ŁŁ ŁŲ¹ŁŁ Ų£Ł Ų§ŁŲŖŲ¹Ų§ŁŁ ŁŲ§Ų¬ŲØ Ų¹ŁŁ Ų§ŁŁ
Ų³ŁŁ
ŁŁ
“Ayat ini menjadikan persoalan iman sebagai persoalan yang bersifat meluas dan keantarabangsaan. Kalimah Ta’aawun diatas wazan tafaa’ul dan tafaa’al mesti datang daripada dua pihak seumpama perkataan berkongsi atau saling berbunuhan. Ia adalah arahan kepada setiap jamaah saling membantu diatas perkara kebaikan. Setiap manusia perlu tahu bahawa agama menuntut kita agar melaksanakan kebaikan dalam kehidupan....Pada ayat tersebut didatangkan dengan sighah Amar ini membawa erti bahawasanya Ta’aawun adalah wajib keatas sekalian muslimin”. (Tafsir Sya’rawi)
PENUTUP
Model penyatuan Islam yang digarapkan dalam Piagam Madinah perlu diperbincangkan secara mendalam bagi menggali semula hikmah yang hilang dalam kalangan umat Islam khasnya dalam menerajui sebuah pentadbiran Negara. PAS sebagai sebuah parti Islam perlu memacu ummah ke arah penyatuan yang bersifat ‘Alamiyah demi untuk memertabat Islam sebagai agama persekutuan. Penulis mencadangkan agar model pentadbiran Rasulullah S.A.W turut dijadikan silibus tetap dalam agenda pendidikan dan pentarbiahan umat Islam terutamanya dalam Ijtima’, Kuliah Haraki dan Liqa’ Fikri PAS.
ŁŲµŁŁ Ų§ŁŁŁ Ų¹ŁŁ Ų³ŁŲÆŁŲ§ Ł
ŲŁ
ŲÆ ŁŲ¹ŁŁ Ų¢ŁŁ ŁŲµŲŲØŁ ŁŲØŲ§Ų±Ł ŁŲ³ŁŁ
Disediakan oleh:
Mohd Asri Mat Daud
Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat
Sumber : tarbawi.my
No comments
Post a Comment