NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pencemaran Air: "Kalau benar punca dari kilang ini, TINDAKAN PALING TEGAS perlu diambil"



Kalau benar punca dari kilang ini, TINDAKAN PALING TEGAS perlu diambil.. Kerajaan negeri selangor perlu arahkan agar kilang ditutup dan kenakan kompaun yang tinggi sebagai pengajaran kepada yang lain.. 

Air perkara paling penting bagi manusia,

Tiada api manusia boleh bertahan

Tiada keperluan asas masih boleh bergerak, 

Namun tiada air adik beradik pun boleh berbalah..

Sungai Selangor menjadi sumber air mentah utk dirawat di 4 loji rawatan air, LRA SSP1, SSP2, SSP2 dan LRA Rasa. Ianya menjadi sumber air terawat kepada 60% keperluan lembah kelang.

Ini adalah kali ke5 berlaku Pencemaran tahun 2020 :

- 17 mac Pencemaran bau

- 27 mac tumpahan minyak

- 16 April Pencemaran bau

- 26 April Pencemaran bau

Kali ini 3 Sept disyakki Pencemaran dari sumber yang pernah dikenakan kompaun RM 60,000.00 sebelum ini.

1.2 juta pemegang akaun terjejas, adakah ini tidak memberi cukup pengajaran kepada kerajaan negeri utk bertindak dan bukan sekadar mengenakan kompaun.

Loji rawatan sisa kilang harus dikuatkuasakan dan tidak ada lagi aliran secara terus k sungai.

Tutup dan robohkan semua kilang atau premis industri haram sepanjang pesisir sungai dan alihkan premis yang berlesen.

Kalau ini tidak dapat dilakukan apa lagi yang rakyat harapkan kepada pemegang taruh atau kerajaan negeri.

Kalau rumah yang didirikan diatas rezab sungai boleh dirobohkan tanpa pertimbangan lagi atas alasan projek tebatan banjir, kenapa tindakan yg sama tidak boleh dilakukan kepada pihak yang memangsakan jutaan pengguna air di Selangor atas kesalahan yg sama dan berulang.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo