Oleh: Dr Muslim
(1 September 2020)
Pada 13 May 2020, Ahmad Lutfi menulis dalam Malaysiadateline perihal PAS tinggal “dua kerusi batu nesan” selepas PRU 1978. (https://malaysiadateline.com/merebut-kuasa-tanpa-menunggu-pilihan-raya-sikap-terbaru-pas-dipersoal/) Justeru, ketika itu ada yang mengatakan PAS sudah tidak lagi relevan dalam perjuangan politik dan mencadangkan PAS bertukar menjadi NGO dakwah sahaja. Namun, PAS bangun balik pada tahun 1982 dengan konsep kepimpinan ulama, dan berjaya memenangi sepuluh DUN Kelantan dan lima di Terengganu pada PRU 1982. https://harakahdaily.net/index.php/2017/08/01/pas-jadi-ngo-sahaja/ .
Parti Amanah Negara (PAN) juga berkemungkinan akan tinggal “dua batu nesan” pada PRU 15 nanti. Ini berdasarkan analisis saya yang saya lampirkan disini.
Pada PRK Slim (29 Ogos 2020), calon MN (PAS+BN) mendapat 13060 undi (13060/23377=55.87%), PH=2115 undi (2115/23377=9.05%). Jadi calon MN ini mendapat majoriti sebanyak 46.82% (55.87% - 9.05%).
Sebelum itu, pada PRU 14, undi gabungan PAS dan BN/UMNO pada PRU 14 ialah 53.2%, manakala undi PH ialah 26.3%. Jadi BN/UMNO mendapat majoriti undi sebanyak 26.89% (53.2% - 26.3%). Ini bermakna majoriti MN pada PRK Slim ini bertambah sebanyak 19.93% (46.82% - 26.89%). Kalau kita lihat prestasi calon-calon DUN PAN pada PRU 14, tidak ada seorang pun yang mendapat majoriti melebihi 20%. Majoriti paling tinggi calon PAN di peringkat DUN hanyalah 19.6% yang di dapati oleh Salahuddin Ayub di DUN N13. Manakala di peringkat parlimen hanya dua orang yang mendapat majoriti melebuhi 20%: Mohamad Sabu 35.75% (P.111 Kota Raja) dan Salahuddin Ayub 23.14% (P.161 Pulai).
Sekiranya sentimen pengundi-pengundi Slim diambil kira, kemungkinan besar PAN akan mengalami kekalahan di semua 103 kerusi DUN dan di semua 34 kerusi parlimen, kecuali di dua kerusi parlimen pada PRU 15 nanti. Sila lihat analisis saya yang dilampirkan di sini. (https://election.thestar.com.my/perak.html, https://www.spr.gov.my/)
Mahfuz adalah antara pemimpin-pemimpin PAN yang besar kemungkinan akan kalah pada PRU 15 nanti, kalau kita melihat kepada undi campuran PAS dan UMNO 48.1% yang melebihi 33.3% undi yang beliau perolehi pada PRU 14. Dr Dzulkefly Ahmad, Hasan Bahrom, Mohd Hatta Md Ramli, Mohd Anuar M. Tahir dan Dr Mujahid Yusof mungkin mengalami nasib yang sama seperti Mahfuz.
Contoh, Dr Mujahid mendapat 32.3% undi, manakala BN 26.3% dan PAS 23.7% pada PRU 14. Apabila dicampur undi BN dan PAS (50%) dan tolak undi Dr Mujahid 32.3%, maka Dr Mujahid kalah kepada PAS dengan 17.7% majoriti. Inilah kekalahan majoriti yang terbesar yang meletak Dr Mujahid di tangga paling akhir dalam senarai 222 ahli-ahli parlimen, seandainya PAS dan UMNO/BN bergabung.
Berlainan kes pula dengan Hanipa Maidin dimana undi beliau 44.7% masih boleh mengatasi undi campuran BN dan PAS 42% (26.8% + 15.2%). Beliau masih memiliki majoriti tipis sebanyak 2.7%. Tetapi majoriti senipis kulit bawang ini tidak mampu menahan gelombang majoriti yang besar seperti di Tg. Piai dimana MCA berjaya merampas kerusi PH dengan penambahan majoriti 23.67%. Hatta, Khalid Samad yang memiliki kelebihan undi sebanyak 17.38% setelah ditolak undi BN dan PAS pun masih tidak mampu melawan sentimen pengundi Tg. Piai atau Slim.
Hanya Mohamad Sabu 35.75% (P.111 Kota Raja) dan Salahuddin Ayub 23.14% (P.161 Pulai) yang dikira selamat dari sentimen anti PH rakyat sekarang. Hanya dua “kerusi batu nesan” ini sahaja yang mungkin selamat dari tsunami kebangkitan rakyat Melayu Islam khasnya dan kaum lain amnya.
Sekiranya hanya Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub yang mampu memenangi PRU 15 nanti, moral PAN pastinya terjejas dengan ketiadaan pendekar-pendekar seperti Hanipa Maidin dan Khalid Samad di dalam parlimen nanti.
Antara faktor-faktor yang boleh “membatu-nesankan” PAN pada PRU 15 ialah:
1. Majoriti orang Melayu Islam menolak pendekatan cauvinis DAP, maka PAN yang merupakan pembela kuat DAP pasti turut terkena tempias penolakan orang Melayu Islam ini.
2. PAN banyak bergantung kepada pengundi-pegundi bukan Islam. Malah hanya Mohamad Sabu dan Salahuddin yang bertanding dikawasan majoriti bukan Islam. Dan dua kerusi inilah yang menjadi kubu kuat PAN, membuktikan bahawa orang bukan Islamlah yang lebih menyokong PAN daripada orang Islam sendiri.
3. Pendekatan PAN yang lebih lunak kepada orang DAP daripada orang Islam sendiri membuat majoriti orang Islam menolak PAN.
Ekoran dari kekalahan teruk calon Pejuang di PRK Slim pada 29 Aug 2020, ketua pembangkang Perak, Aziz Bari dari DAP menyatakan kepada Malaysiakini bahawa Tun Mahathir dan Pejuang seolah-olah tidak lagi diperlukan oleh DAP dan sekutunya dengan kenyatan pendeknya: "Sepertinya Pejuang tak ada tempat " https://www.malaysiakini.com/news/540631
Semasa menang PRU 14, DAP menyanjungi Tun Mahathir, tetapi selepas parti Tun Mahathir ditolak oleh orang Islam Melayu dalam banyak PRK-PRK yang lepas, DAP sudah mula hilang keyakinan dengan Tun Mahathir dan tidak mustahil akan melupakan terus PEJUANG atau Tun Mahathir. Bukan susah pun hendak faham, kalau Tun Mahathir sudah tidak mampu untuk menang satu kerusi pun dikawasan Melayu, jadi buat apa DAP perlu terus mendukung biawak hidup seperti Tun Mahathir. Tun Mahathir hanya dikira berguna pada DAP atau PH apabila Tun Mahathir boleh memenangi kerusi-kerusi pilihanraya.
Jadi, apabila kita lontar soalan yang sama kepada PAN, adakah DAP atau PH akan terus menerima PAN seandainya PAN sudah tinggal batu nesan sahaja di parlimen nanti dan tidak lagi boleh memenangi banyak kerusi-kerusi parlimen di kawasan Melayu? Ironinya, dua batu nesan ini terletak di dalam kawasan majoriti orang bukan Islam. Tidak mungkin DAP akan memberi 10 kawasan mereka kepada PAN demi menjaga PAN. Tugas PAN ialah memenangi kerusi-kerusi Melayu, tetapi kalau PAN sudah tidak mampu melawan gabungan PAS dan UMNO, lambat laun DAP pun akan hilang keyakinan dengan PAN yang tidak boleh lagi memenangi kerusi-kerusi parlimen. Kemungkinan juga selepas PRU 15, PAN akan berkubur terus seandainya penyokong MCA yang dahulunya mengundi DAP, juga akan menolak PAN pada PRU 15 nanti. PAN dan Mahfuz mungkin masih berpegang dan mengharapkan cerita lapuk beliau yang “ahli-ahli veteran PAS tidak lagi gembira dengan PAS” untuk mendapat undi Melayu tetapi realitinya, gelombang penolakan orang Melayu terhadap parti-parti orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP terus berlaku di merata ceruk atau kawasan.
Pada tahun 2016, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah berkata, bahawa beliau yakin Parti Amanah Negara (AMANAH) akan 'melutut' suatu hari nanti dan mengiktiraf kekuatan parti Islam itu dalam persada politik negara. https://www.malaysiakini.com/news/356063
Pada tahun 2019 pula, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi benda yang sama: "Yang pecah itu (tubuhkan parti lain) mati satu demi satu. Dulu Parti Islah, Hamim (Parti Hizbul Muslim Malaysia) dan Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia). "Amanah (Parti Amanah Negara) juga akan terima nasib yang sama. Pas akan terus (berjuang)," katanya pada satu sidang akhbar seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian pada 24 November 2019.
https://www.sinarharian.com.my/article/58887/BERITA/Politik/Amanah-akan-terima-nasib-yang-sama-Abdul-Hadi
Adakah keyakinan Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ini akan menjadi kenyataan? Mungkin. Ada orang kata orang alim atau ulama kadang-kadang dianugerahi Allah mulut yang “bisa” atau “masin”, yang bermaksud kalau dia bercakap Allah makbulkan. Adakah kenyataan Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi itu akan menjadi kenyataan selepas PRU 15 atau suatu hari nanti? Jadi simpanlah artikel saya ini dan sama-samalah kita tunggu apakah nasib PAN selepas PRU 15 atau kemudiannya nanti.
Dr Muslim
Kuantan
1 September 2020
#Mampu Centre
Penafian: Walaupun informasi disini telah disahkan sebetul mungkin, pengarang tidak menjamin yang ianya tidak mengandungi kesalahan. Pengarang tidak boleh dipersalahkan diatas kesilapan dan akibat dari penggunaannya. Anda dibenar untuk menggunakan informasi ini tetapi atas risiko sendiri.
Pandangan didalam penulisan ini adalah daripada pengarang sendiri dan tidak mewakili mana-mana orang, organisasi atau parti-parti politik yang pengarang mungkin atau tidak mungkin terlibat, kecuali jika dinyata dengan jelas. Apa jua pandangan atau pendapat tidak bertujuan untuk mengecam mana-mana ugama, bangsa, organisasi, parti-parti politik atau individu.
Disclaimer: While the information contained herewith has been verified to the best of author’s abilities, the author cannot guarantee that there are no mistakes. The author cannot be held responsible for incorrect information and the consequences that could arise from acting on it. You are free to use the analysis or the information here, but at your own risks.
The views expressed in this writing are those of author and do not represent those of people, organizations or political parties that the author may or may not be associated with, unless explicitly stated. Any views or opinions are not intended to malign any religion, race, organization, political parties or individual.
Rujukan:
https://www.spr.gov.my
https://election.thestar.com.my/
No comments
Post a Comment