Semakin hari, teknologi berkembang menjadi lebih maju dan lebih canggih yang dibina bagi memudahkan urusan harian manusia
Dalam Persidangan ICON Blockchain & Innovation in Energy Conference 2018 yang dikuasakan oleh TNB baru-baru ini, kami mendapat gambaran tentang masa depan rakyat Malaysia yang dipacu oleh teknologi serba canggih seperti blockchain dan artificial intelligence.
Salah satu perkara paling penting yang dibentangkan semasa persidangan itu adalah kuasa blockchain, dan bagaimana ia dapat merevolusikan gaya hidup kita
Apa itu 'blockchain', dan bagaimana ia berfungsi?
Sebut saja blockchain, perkara pertama yang singgah di kepala tentunya Bitcoin. Bagaimanapun, blockchain tidak hanya terhad kepada cryptocurrency, tetapi ia juga merupakan teknologi asas yang dapat mengubah dan memajukan sektor tenaga.
Blockchain adalah lejar bersama yang merekodkan dan mengesahkan urus niaga antara pengguna tanpa memerlukan sistem berpusat atau authority. Dalam sektor tenaga, blockchain membuka pasaran bagi rakyat Malaysia untuk berdagang antara satu sama lain, dan setiap perdagangan ini akan direkodkan dan disahkan oleh pelbagai pengguna dalam rangkaian blockchain tersebut.
Begini caranya blockchain memberi kesan kepada masa depan kita di Malaysia:
Buat masa ini, kita mendapat bekalan elektrik daripada grid, membayar bil bulanan kepada TNB, dan kitaran itu berterusan. Tetapi James Chong, Pengarah Urusan Digital ASEAN Accenture berkongsi visi bagaimana masa depan tenaga akan berubah dalam komuniti di Malaysia.
Selain bergantung pada satu sumber tenaga berpusat, penduduk boleh menjana tenaga dari pelbagai sumber. Ini bermakna kita boleh membeli tenaga daripada TNB pada hari ini, dan daripada jiran kita yang ada panel solar pada hari berikutnya. Kita juga boleh menjadi pengeluar dan pengguna yang menghasilkan tenaga tambahan yang boleh didagangkan melalui rangkaian blockchain.
2. Sewa kereta elektrik, caskan di mana-mana, dan bayar elektrik tanpa menggunakan kad kredit atau dompet. Macam mana tu?
Thierry Mortier, Pemimpin Inovasi Kuasa & Utiliti Global dari Ernst & Young membincangkan bagaimana kenderaan elektrik dapat menjadi trend terbaru untuk kita memacu ke arah masyarakat yang menyedari tentang kesan karbon. Walaupun terdapat hanya 240 stesen pengecasan awam di Malaysia ketika ini, semakin ramai rakyat Malaysia membuka peluang kepada penggunaan kenderaan elektrik.
Dengan teknologi blockchain, kita boleh menyewa kereta elektrik, caskannya di stesen pengecasan terdekat, dan membayar elektrik menggunakan cryptocurrency. Jadi, tak payah gunakan kad kredit atau dompet lagi di masa depan!
3. Kita boleh pilih tenaga apa yang kita gunakan
Walaupun kita melihat elektrik sebagai elektrik sahaja, terdapat pelbagai cara ia boleh dihasilkan seperti melalui bahan api fosil, solar, atau angin. Anand Menon, CTO Pengurusan Tenaga ASEAN dari Siemens, menyebut bagaimana teknologi blockchain membolehkan kita mengesan perjalanan tenaga, sehinggalah ke sumber asal penghasilannya.
Sebagai pengguna, ia membolehkan kita menjadi lebih peka dan fleksibel apabila memilih sumber tenaga. Bagi pengeluar, mereka juga akan dapat memahami trend penggunaan tenaga dan merancang bekalan mereka dengan cara yang lebih optimum.
Aplikasi blockchain dalam sektor tenaga masih dalam peringkat awal, dan ia mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum kita melihat kesannya
Bagaimanapun, TNB telah menerokai penggunaan teknologi seperti blockchain dan artificial intelligence yang akan membentuk gaya hidup rakyat Malaysia pada masa akan datang.
Untuk maklumat terkini, ikuti ICON Blockchain & Innovation in Energy Conference 2018 di laman web rasmi ICONTENAGA di sini.
Sumber : Says.com
No comments
Post a Comment