KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyeru rakyat menolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik yang sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik dan pelan pemulihan ekonomi negara yang sedang dilaksanakan dengan baik pada masa ini.
Beliau berkata, apa yang perlu adalah sebuah kerajaan yang stabil dan teguh dengan sokongan rakyat supaya lebih banyak inisiatif memulihkan ekonomi dan membantu rakyat dapat dilaksanakan dengan berkesan.
“Saya ingin mengajak saudara dan saudari sekalian supaya bersama-sama dengan saya dan rakan-rakan dalam Kerajaan Perikatan Nasional untuk mengemudi negara dalam keadaan kita masih berhadapan dengan krisis ekonomi dan kesihatan pada masa ini.
“Pengumuman yang saya buat pada hari ini menandakan Kerajaan Perikatan Nasional mendengar rintihan saudara dan saudari sekalian.
“Kita cuba sedaya upaya untuk membantu rakyat menghadapi detik yang sukar ini,” katanya dalam pengumuman khas Kerangka Inisiatif Tambahan Khas (Kita Prihatin) yang disiarkan secara langsung hari ini. - Bernama
No comments
Post a Comment