NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mana datangnya 2/3 sokongan kepada "Langkah Meroyan Anwar"?



Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang selepas memperolehi majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan.“Saya telah mendapat sokongan kukuh dan meyakinkan daripada ahli parlimen untuk saya persembahan kepada Yang di-Pertuan Agong. Dan ingin saya menyatakan di sini majoriti dan sokongan itu dalam kalangan Melayu dan Islam,” katanya

Jelasnya lagi, Anwar sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada semalam jam 11 pagi.

Namun pertemuan tersebut terpaksa ditangguhkan berikutan baginda yang kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

“Sokongan itu adalah kukuh dan meyakinkan, lebih daripada majoriti kecil 5, 10. Mengapa saya tak nak sebut sekarang? sebab saya letakkan penghormatan kepada Agong yang sepatutnya perkara terperinci perlu dimaklumkan kepada Agong terlebih dulu.Rancangan pembentukan kerajaan baharu di bawah kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilanda masalah apabila UMNO dan DAP secara jelas menolak untuk bekerjasama dalam gabungan tersebut.

Meskipun Anwar tidak menjelaskan senarai nama ahli Parlimen UMNO secara khusus yang menyokongnya, Presiden PKR itu berkata dalam gabungan baharu tersebut ia melibatkan UMNO yang merupakan parti orang Melayu.

Bagaimanapun, ahli Parlimen UMNO yang nama mereka tersebar kerana dikatakan bersama Anwar seorang demi seorang menafikannya.

Setakat ini 15 dari 19 Ahli Parlimen UMNO yang diwar-warkan menyokong Anwar menyatakan tidak akan menyokong Anwar sama sekali.

Sebelum itu PAS dan GPS dengan tegas dan jelas menyatakan akan terus bersama-sama dengan PN dan menyokong TSMY sebagai PM.

Warisan dan DAP memberitahu, tidak akan bekerjasama dengan UMNO.

DAP pula secara tegas menjelaskan tidak akan bekerjasama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apatah lagi bersama UMNO dalam gabungan baharu yang bakal dibentuk Anwar.

Ia dinyatakan sendiri oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dengan menegaskan, walaupun kesemua 43 ahli Parlimen DAP sebelum ini menyatakan sokongan penuh terhadap kerajaan baharu Anwar, namun ia berubah apabila mendapat tahu ia mempunyai kerjasama dengan UMNO.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menasihatkan Guan Eng supaya bertenang dan tidak perlu sakit kepala memikirkan ‘kerjasama’ UMNO dengan Anwar.Katanya, parti itu juga memberi jaminan bahawa UMNO tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan mana-mana pakatan parti yang di dalamnya ada DAP.

Sangat kesian kepada penyokong PH terutama PKR yang begitu bersemangat kononnya kerajaan PN akan tumbang. Katanya takkan Anwar nak bermain dengan Agong. Tapi kalau orang kenal Anwar secara mendalam memang dia boleh buat apa sahaja kerana dia ada bukan 2 wajah, malah lebih daripada itu. Wajah warak, wajah dajal..

Cybertropper bodoh mula menyerang dan kebanyakkan kepada lebai PAS kononnya PAS akan hilang kedudukan apabila kerajaan tumbang. Ini pun kesian juga, sudahlah makan gaji haram dengan membuat fitnah dan auta... tapi bodoh pula dalam emmahami isu.

Kita masih tertanya-tanya datang mana 2/3 sokongan kepada langkah meroyan Anwar ini? Adakah ini penamat kepada politik Anwar setelah 20 tahun menanti jawatan PM? - Minda Rakyat


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo