1. Amat sedih apabila membaca berita berkenaan kematian seorang jurutera disebabkan oleh pemandu mabuk. Ahmad Safwan Sulian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isteri dan anak-anak mengalami kecederaan.
2. Menurut laporan Majalah Pa&Ma kejadian tersebut disebabkan oleh kecuaian pemandu mabuk. Kereta yang dipandu pemandu mabuk tersebut tersebut terbabas lalu melanggar kereta Ahmad Safwan.
3. Rempuhan itu menyebabkan mangsa (Ahmad Safwan) parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala isterinya berusia 33 tahun dan dua anak mereka berusia lima dan tiga tahun dilaporkan mengalami kecederaan.
4. Anak-anak kehilangan kasih sayang seorang ayah. Siapakah yang akan menanggung kehilangan bapa kepada anak-anak yang tidak berdosa ini? Apakah perasaan isteri dan anak-anak yang kehilangan ketua keluarga mereka disebabkan oleh pemandu mabuk ini?
Berapa banyak lagi kematian yang diperlukan sehingga kita boleh bertindak tegas dalam isu pemandu mabuk?
Sumber:
https://majalahpama.my/arwah-baru-sambut-hari-lahir-akibat-kecuaian-orang-lain-anak-hilang-kasih-ayah/
https://www.sinarharian.com.my/article/102872/BERITA/Tragedi/Jurutera-maut-isteri-dan-anak-cedera-dalam-nahas
No comments
Post a Comment