NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Ketua Menteri Sabah : Apa Yang Tak Kena Dengan BERNAMA?

Pelik sungguh bila membaca laporan BERNAMA, agensi berita rasmi negara, mengenai penghakiman Mahkamah Persekutuan yang memberikan Tan Sri Musa Aman kebenaran untuk membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan beliau untuk mencabar tindakan Yang di-Pertua Negeri Sabah memecat Tan Sri Musa Aman dan melantik Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah pada 12 Mei 2018.

Mahkamah Persekutuan dengan keputusan 2-1 secara jelas telah memberikan kemenangan kepada Tan Sri Musa Aman melalui keputusan YA Dato' Abdul Rahman Bin Sebli dan YA Dato' Zabariah Binti Mohd Yusof dengan keputusan majoriti ditulis oleh YA Dato' Abdul Rahman Bin Sebli manakala sesatunya Hakim yang tidak bersetuju dengan Tan Sri Musa Aman ialah YA Datuk Seri Haji Mohd Zawawi Bin Salleh yang menulis keputusan minoriti.

Ikut amalan biasa, keputusan majoriti yang memberikan kemenangan kepada Tan Sri Musa Amanlah yang sepatutnya ditonjolkan oleh media massa, apatah lagi oleh BERNAMA, tetapi peliknya keputusan minoriti yang memberikan kekalahan kepada Tan Sri Musa Aman pula yang ditonjolkan sebagai tajuk besar laporan berita seolah-olah Tan Sri Musa Aman kalah.

Anything wrong anywhere, anyone?

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo