Saya agak terkejut melihat dapatan kaji selidik kedua Dr Arnold Puyok dari SEEDS pada 21-24 September 2020 bahawa BN mengalami kehilangan 10% sokongan manakala PN mengalami pertambahan 10% sokongan dari kaji selidik pertamanya pada 24-31 Ogos 2020.
Lebih mengejutkan lagi bila keputusan PRN Sabah semalam seolah-olah mengesahkan dapatan kaji selidik Dr Arnold Puyok ini apabila:
(1) Peratus kemenangan calon PN dalam PRN Sabah adalah sebanyak 58.6% (menang 17 daripada 29 kerusi ditandingi).
(2) Peratus kemenangan calon BN pula adalah sebanyak 34.1% (menang 14 daripada 41 kerusi ditandingi).
Apakah data-data ini menunjukkan bahawa jenama PN, walaupun lebih baru, adalah lebih laku berbanding jenama BN yang lebih lama?
Dan jika benar jenama PN adalah lebih laku berbanding jenama BN, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada fenomena ini?
Oleh itu, dalam pada bergembira dengan kemenangan, eloklah semua pihak menanggapinya sebagai kemenangan yang menginsafkan.
No comments
Post a Comment